Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, January 7, 2015

5 Buah Kemalangan Kereta di Lebuhraya Hassanal Bolkiah



Orang ramai terpaksa menghabiskan lebih waktu dijalan raya awal pagi tadi disebabkan kejadian kesesakan lalulintas di Lebuhraya Hassanal Bolkiah berhadapan Padang Golf Berakas sekitar jam 8 pagi.


Menurut kenyataan Polis, kesesakan itu berpunca dari lima buah kemalangan kereta ditempat berasingan, dua buah kemalangan terjadi di kawasan Lebuhraya Hassanal Bolkiah yang mana pemandu mengalami cedera ringan dan tiga buah lagi kemalangan kereta terjadi di Jalan Berakas menuju Jabatan Kerajaan di Lebuhraya Hassanal Bolkiah tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan.


Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan kepada orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati dan mengikuti peraturan lalulintas dan tidak mengikuti kereta terlalu dekat.