Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, December 22, 2014

Pelancaran Citroen ‘Grand C4 Picasso’

Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model terbaru Citroen ‘Grand C4 Picasso’ yang kini dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.

Pelancaran yang telah berlangsung di bilik pameran Citroen, Grand Motors Sendirian Berhad, Beribi disempurnakan pelacarannya oleh Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Maj Gen Pengiran Haji Ibnu Ba’asith, Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal Grand motors Sdn Bhd dan Pengurus Jualan Kawasan (Area Sales Manager) Citroen & DS Wilayah ASEAN, Aswi Bujang.
 
Model terbaru buatan Perancis yang dinamakan sebagai model berprestij tinggi yang mana Citroen ‘Grand C4 Picasso’ dipadankan dengan penjana kuasa 1.6 VGT enjin Turbo Petrol dengan 6-kelajuan transmisi Automatik.
 
Menurut kenyataan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengadar rasmi Citroen di Negara Brunei Darussalam, Citroen model dibawah kelas C ini mampu menghasilkan kuasa hampir 150 kuasa kuda pada 4,000 rpm dan tork mencapai 240 Nm pada 1,400 rpm.
 
Antara fungsi-fungsi yang dilengkapi pada Grand C4 Picasso 1.6 ialah kawalan penghawa dingin automatik zon berkembar yang turut mempunyai corong bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, instrumen kluster digital 12 inci, kamera undur, bumbung panoramik, pembuka pintu belakang elektronik, dan rim bersaiz 17 inci tayar alloy.
 
Apa yang terbaik dalam fungsi kereta tersebut, jika terjadinya masalah didalam kereta dan juga kekuatan angin (pressure) kurang, Picasso akan memberi amaran kepada pemandu di skrin monitor yang diletakkan di bahagian papan pemuka antara pemandu dan penumpang depan.

Bukan itu sahaja, sistem amaran pertukaran laluan, sistem letak kereta secara automatik dan sistem amaran titik buta sebagai fungsi standard model ini. Manakala sistem keselamatan yang ditampilkan ialah enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan, cakera brek bagi keempat-empat tayar, dan tiga poin bagi ISOFIX.

Bukan sahaja itu, barisan-barisan model Citroen lainnya setentunya memberi jaminan kualiti, kepuasan dan kemodenan kereta buatan Eropah itu nanti.