Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, November 15, 2014

Hari Pelanggan Volkswagen

Volkswagen Brunei menjemput orang ramai untuk mengunjungi Bilik Pameran Volkswagen pada hari Ahad, 16hb November 2014 dari 9 pagi hingga 4 petang  kerana hari Ahad ini telah dikhususkan sebagai Hari Pelanggan Volkswagen.

Antara keistimewaan Hari Pelanggan Volkswagen adalah anda boleh menikmati makanan barbeku, aiskrim dan minuman, semuanya secara PERCUMA! Tambahan lagi, orang ramai akan dihiburkan oleh seorang DJ yang akan memainkan muzik sepanjang acara tersebut.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik seperti Photo Booth dengan prop atau anda boleh bergambar dengan mana-mana model Volkswagen yang anda minati, serta ikuti peraduan Volkswagen untuk memenangi hadiah-hadiah seronok!

Jadi tunggu apa lagi? Datang beramai-ramai ke Hari Pelanggan Volkswagen esok. Acara akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang. Jumpa anda disana!