Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, November 21, 2014

Audi TT Menang Anugerah Reka Bentuk Jerman

Audi TT keluaran terbaru  dijangka akan berada dipasaran Brunei pada bulan Mei 2015
Berita dan gambar courtesy dari Media Permata

Audi TT telah memenangi anugerah ‘Transportation and Public Design’ bagi kategori penganugerahan reka bentuk Jerman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, beberapa model kenderaan Audi yang lainnya turut memenangi anugerah ‘Special Mention’ iaitu bagi Audi S3 Cabriolet, Audi A8 dan Audi TT quattro sport concept.

Anugerah Reka bentuk Jerman berkenaan telah ditaja oleh Persatuan Reka Bentuk Jerman – satu anugerah yang dianggap sebagai paling berprestij dalam industri.

Juri-Juri yang mengadili anugerah berkenaan terdiri daripada pakar-pakar reka bentuk dari pelbagai disiplin.

Penyerahan anugerah berkenaan akan diadakan pada Febuari 2015 di Frankfurt, Jerman.

Menurut kenyataan itu lagi, Audi Brunei akan melancarkan versi baru Audi TT dengan enjin berkuasa tinggi 2.0 TFSI pada Mei tahun depan.

Model baru berkenaan lebih berkuasa dan mempunyai enjin yang lebih efisien daripada sebelumnya.