Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, July 26, 2014

Rosnita Haji Bangkol Pemenang Utama Cabutan Utama Volkswagen Hari Raya

"Kami percaya dengan memberi sesuatu pada pelanggan kami di bulan yang mulia ini, mereka akan lebih menikmati sambutan di Hari Raya Aidilfitri," kata Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong, sebelum memulakan cabutan hari ini.

3 pemenang bertuah dalam promosi tiga bulan Hari Raya yang telah berakhir sehari sebelum cabutan bermula telah diumumkan hari ini dalam Majlis Cabutan Utama Volkswagen Hari Raya yang berlangsung di Bilik Pameran Maju Motors, Telanai.

Dalam majlis seramai lebih 300 pelanggan bersama keluarga dan rakan menyaksikan cabutan itu yang disempurnakan oleh Pengarah Maju Motors, Pengiran Dato Paduka Haji Yunos Pengiran Haji Mahmud bersama dengan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong.

Dalam cabutan menyaksikan Rosnita Haji Bangkol selaku pemenang utama memenangi wang tunai B$5,000 disampaikan oleh Pengiran Dato Paduka Haji Yunospig, ini diikuti dengan Dayangku Aidi Noorintan Binti Pengiran Haji Mohd Zinin selaku pemenang kedua membawa balik B$3,000 disampaikan oleh Dayangku Fauziah Pengiran Dato Paduka Haji Yunos dan Dayangku Nurafifah Hanisah Binti Pengiran Haji Ismail selaku pemenang ketiga membawa wang tunai sebanyak B$2,000 yang disampaikan oleh Chan Key Hong.

Selain itu, Maju Motors turut memberikan kepada lima pemenang bertuah wang tunai B$500 dan lima lagi pemenang lainnya menerima hadiah berupa sekali perkhidmatan penyelenggaraan dan sekali pakej polish sebagai pemenang saguhati.

Promosi Hari Raya telah diadakan dari Mei hingga Julai dan pelanggan yang membeli Volkswagen (kecuali model GTi dan Scirocco) secara segera membawa balik TV LED Philip.