Mantuka

Saturday, June 28, 2014

Uji Pandu Citroen DS3 Memberi Gaya Tersendiri


Keseronokkan memandu tidak akan tercapai jika beberapa prinsip yang harus ditepatkan sebelum memikat hati pelanggan, Citroen sebuah jenama kereta buatan Perancis mampu menjanjikan kesemua itu dalam model-model ‘DS’ mereka.

Jenama Citroen dalam barisan DS mereka menampilkan kereta-kereta premium menjurus kepada kereta berbentuk masa depan, salah sebuah menjadi tarikan umum ialah sebuah model dalam segment B iaitu model DS3. Kereta DS3 ini walaupun kecil cili padi tetapi kereta alam Mini ini telah berjaya merangkul beberapa anugerah antarabangsa.

Kereta versi hatchback ini sesuai dikalangan anak muda yang ingin gaya. Tidak kira sama ada anda berumur 17 tahun pelajar sekolah mahupun 50 tahun pekerja professional, Citroen memberikan pelbagai varian dari segi modifikasi warna, reka bentuk atap, tayar, rim dalam, gear knob dan papan pemuka mengikut kemahuan masing-masing.

Citroen DS3 telah mendapat reputasi baik sebagai kereta paling bergaya di atas jalan raya, mendapat beberapa anugerah pengiktirafan, termasuk ‘Car of the Year’ dari Top Gear dan ‘Small Car of the Year’ dari Fifth Gear. Jualan DS3 di Negara Brunei Darussalam diharap akan dapat memberangsangkan hati pelanggan.

Team Mantuka diberi kesempatan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad untuk membuat uji pandu secara teliti akan kehebatan kereta ini, semasa memiliki kereta tersebut penulis melihat Citroen DS3 dari pada pandangan pertama sudah memberi pandangan jelas bahawa kereta ini sememangnya berbeza dari jenama lain, ianya seolah-olah menampilkan sebuah kereta unik dan moden (futuristic).

Melihat dari wajah depan DS3, gril krom hadapan dikelilingi dengan lampu LED siang memberi pandangan bertenaga dan bergaya, manakala lampu LED 3D dibelakang setentunya membawa keunikan kepada pemiliknya yang menginginkan keunikan sambil membangkitkan emosi dan keegoan. Kereta ini bukan sekadar kereta, bahkan reka bentuk kontemporarinya dengan loghat aerodinamik menyalurkan karakteristik pemandu.

Manakala bumbung DS3 memberikan reka bentuk keseluruhan yang ringan meletakkan warna yang menarik.

Semasa membuat uji pandu, kereta tiga pintu ini mampu memberi kawalan memandu yang sangat baik, tidak kira semasa membuat lencongan atau pun semasa kelajuan tahap tinggi, DS3 mampu mencengkam di permukaan jalan raya tanpa ragu-ragu. Kereta mini ini digerakkan oleh enjin 1.6 liter VTi yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan, tidak hairan semasa membuat perjalanan jauh di lebuh raya Muara, kereta kecil ini mampu menghasilkan kuasa kuda sehingga 120 sepadan dengan 160Nm kuasa tork.

Apa yang menakjubkan mengenai DS3, walaupun tidak mempunyai banyak fungsi seperti didalam model DS lainnya, kereta ini masih menumpukan kepada beberapa fungsi penting untuk keselesaan pemandu dengan prinsip 'satu butang sentuhan'. Apa yang dimaksudkan itu ialah seperti menekan penghawa dingin, menekan sistem audio dan menekan menyala lampu diwaktu malam, fungsi ini boleh beroperasi dengan satu sentuhan sahaja pada setiap sistem dan kereta tersebut akan menyukat keadaan mengikut suasana seharian secara automatik.

Kereta elegan ini turun direka dengan kerusi lumba Alcantara ditambah dengan tempat letak tangan ditengah memberi kemewahan didalam kabin. Bercakap mengenai muatan penumpang dari pandangan penulis, tempat duduk belakang boleh dimuatkan dengan dua penumpang iaitu empat penumpang secara keseluruhan memandangkan muatan ditempat duduk belakang agak kecil.

Walaubagaimanapun dengan secara selesa, pemandu akan merasakan keseronokkan memandu dengan teknologi yang ada di dalam kereta itu seperti Sistem HI-FI, peyambungan Bluetooth untuk telefon, soket USB bagi iPhone atau iPod dan stering yang dibelut kulit leather. Perjalanan dikawasan perkampongan mahupun di kawasan Bandar, DS3 tidak akan mengecewakan perjalanan anda.

Jika baru memiliki DS3, kebanyakan fungsi-fungsi seperti cruise control dan kawalan lainnya terletak dibahagian belakang stereng berhampiran dengan batang indikasi dan batang lampu yang susah untuk dilihat, ini boleh membawa kepada kekeliruan semasa menghidupkan lampu indikasi semasa perjalanan memasuki simpang oleh kerana kedua-duanya terlalu hampir dan menyukarkan.

Kereta ini didatangkan dari Negara Eropah, jadi jangan terkeliru dengan beberapa perbezaan fungsi sedia ada berbanding dengan kereta buatan Asia, ini termasuk penekanan lampu indikasi terletak di batang sebelah kiri, manakala, untuk menyala lampu adalah batang di sebelah kanan.

Citroen sentiasa menjaga keselamatan pemandunya, membuat lencongan agresif memberi tindak balas cengkaman kawalan dari stereng kereta DS3, apatah lagi semasa membuat perhentian secara mengejut yang secara automatic menghidupkan sistem anti-kunci (ABS). Sistem ABS ini membolehkan roda untuk mengekalkan kontak dengan traction dengan permukaan jalan raya mengelakkan dari roda terkunci dan mengelakkan dari tergelincir.

Citroen DS3 turut dilengkapi dengan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Elektronik (EBA), Program Stabiliti Elektronik (ESP), enam bag udara dan tempat duduk ISOFIX. Dalam ujian perlanggaran Euro NCAP, kenderaan ini diberikan status lima bintang.

Selain itu, pemandu juga boleh menikmati alat bantuan memandu lain seperti ‘Cruise Control’, penghad kelajuan, sensor reverse, penggera anti kecurian, cermin sisi yang boleh dipanaskan dan boleh dilipat untuk memasuki jalan sempit.

Jadi jika anda ingin keunikan dan bergaya, inilah kereta yang sesuai untuk anda dan bersedialah menjadi tumpuan orang ramai semasa memandu kereta Citroen DS3.