Mantuka

Sunday, May 4, 2014

Tahniah kepada pemenang Peraduan Sosial Media Volkswagen Brunei

Para pemenang ‘Peraduan Sosial Media Volkswagen Brunei’ hari ini menerima hadiah mereka berupa cenderamata Volkswagen (VW) di Bilik Pameran Volkswagen, Maju Motors di Jalan Telanai.

Hadiah yang mereka terima adalah dari peraduan yang dikelolakan oleh Volkswagen Brunei baru-baru ini yang memuat naik gambar-gambar kereta model VW Chic Polo diambil di masjid Ash-Shaliheen. Selepas di muat naik, para pengikut ‘Instagram’ dan’ Facebook’ disoal untuk meneka model VW apakah yang dipamerkan dan dimana lokasi telah diambil.

Lebih dari 20 pengikut sosial media tersebut menyertai peraduan itu dan hanya tiga pemenang bertuah dari setiap rangkaian sosial dipilih untuk memenangi hadiah istimewa.

Pemenang itu ialah Nurul Shaeedah Azizah Md Terang, Md A’lawi Abd Aziz, Khairuldin @ Abd Arif Omar, Nur Hamizah Md Metussin and Nor Ramizah Awg Mohamad. Mereka dimaklumkan untuk mengunjungi bilik pameran VW untuk mengambil hadiah mereka.

Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Jualan Maju Motors Sdn Bhd, Danny Noordin dan Eksekutif Pemasaran Maju Motors Sdn Bhd, Pengiran Syed Addy Ammirul Ammar bin Pengiran Adnan.

Menurut Pengiran Syed Addy Ammirul Ammar, peraduan ini bertujuan untuk memberi penggemar VW untuk mengikuti permainan dan kuiz secara sihat dan membantu mendidik mereka keberadaan jenama-jenama VW.

“Kami akan menjalankan lebih banyak peraduan dimasa akan datang dan mempamerkan model-model VW di lokasi-lokasi berlainan”, tambah beliau, “Tetapi jika anda tidak sabar menunggu peraduan kami seterusnya, anda boleh mengunjungi bilik pameran VW dan menyertai permainan teka Volkswagen”.