Bersempena dengan
kedatangan kereta terbaru BMW X5, orang ramai diberi peluang untuk menyaksikan
kereta tersebut yang dipamerkan di bilik pameran BMW, QAF Auto, Beribi.
Keluaran BMW X5
terbaru itu akan dipamerkan selama dua hari bermula 19hb hingga 20hb April ini
dengan mempamerkan tiga buah model X5 dan beberapa model-model BMW lainnya.

BMW Asia dan QAF
Auto Sdn Bhd telah memperkenalkan jenerasi ketiga BMW X5, sebuah kereta yang
direka sebagai Kenderaan Aktiviti Sport (Sports Activity Vehicle) SAV yang
direka khas untuk memberi apa jua permintaan. BMW X5 terbaru menyediakan tiga
jenis model iaitu Kuasa V-8 BMW X5 xDrive50i dengan maksimum 450 kuasa kuda,
manakala 306 kuasa kuda bagi model enjin enam silinder petrol BMW X5 xDrive35i
dan enam silinder in-line kuasa diesel BMW X5 xDrive30d mempunyai kuasa sehingga
258 kuasa kuda.
BMW yang menawarkan sebuah kereta SAV pertama, menjadi kereta jualan terbaik lebih 1.3 juta unit seluruh dunia telah dijual sejak jenerasi pertama X5 dilancarkan.