Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, March 17, 2014

Pelanggan Maju Motors menyaksikan Need for Speed Movie secara percuma




Volkswagen Brunei semalam telah menjemput pelanggannya ke Mall Cineplex bagi menyaksikan wayang keluaran terbaru ‘Need For Speed’ Movie yang dihadiri lebih 300 pelanggan.


Wayang yang dimainkan itu hanya dikhaskan untuk pelanggan Maju Motors sahaja mempamerkan beberapa kereta-kereta hebat di dunia seperti Bugatti Veyron Super Sport, Koenigsegg Agera, Lamborghini Sesto Elemento, McLaren P1, Saleen S7, and a rare GTA Spano as well as the 2015 Ford Mustang GT dan Mustang yang diubah suai sepenuhnya dilengkapi dengan body kit lebar. 



Walaupun tiada kereta Volkswagen dipamerkan didalam wayang terbaru itu tetapi jenama seperti Bugatti dan Lamborghini kedua-duanya ialah dalam ahli kumpulan Volkswagen.  


Dengan adanya pemberian seperti ini, syarikat tersebut mampu untuk member kepada pelanggannya tanda penghargaan dan juga mempereratkan lagi kerjasama diantara pelanggan dan keluarganya bersama ahli kakitangan Maju Motors.


“2014 adalah tahun yang penting bagi kami, beberapa perubahan telah dibuat untuk member layanan yang lebih baik dan mamstikan kepuasan pelanggan”, kata Pengarah Eksekutif Maju Motors Sendirian Berhad, Chan Key Hong.


Pelanggan yang dijemput itu terdiri daripada pemilik model-model Volkswagen dari Polo kepada kereta yang baru dilancarkan iaitu Vento sehingga model SUV, Toureq.  Turut dijemput ialah pemilik dari kumpulan Volkswagen-Audi tempatan (VAG), yang mana mereka adalah penykong utama dan peminat kereta.