Mantuka

Saturday, February 22, 2014

Mercedes S-Class 400 Hybrid





 Pelancaran model terbaru Class S400 baru-baru ini telah membawa sejarah baru dalam barisan jenama Mercedes Benz, ini kerana S400 dikatakan sebuah kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki dan sangat menyeronokkan. Hari ini sahaja, orang ramai diberi peluang untuk menyaksikan lebih dekat Mercedes S400 di bilik Pameran Jati Transport, Gadong


Sekalipun saat ini sudah semakin banyak perusahaan otomotif yang mengeluarkan kereta-kereta mewah yang menjanjikan kenyamanan dan keistimewaan dalam berbagai dimensi produknya, tetap saja kereta mewah jenama Mercedes-Benz tidak dapat ditandingi. 

Pengalaman dunia otomotif dari segi kualiti yang berusia lebih dari satu abad, kemampuan dalam mengembangkan inovasi dalam konsep dan reka bentuk yang mempunyai keunikan tersendiri sememangnya telah menjaga kepuasan yang telah diakui secara mendunia.

Kini, Mercedes-Benz sudah mempunyai pilihan yang lebih ‘bergaya’, khas untuk pemandu yang inginkan lebih kepuasan dan kemewahan, apatah lagi kereta tersebut disempurnakan oleh prestasi jenama kenderaan Jerman berkenaan, AMG.

Keluaran model S400 tidak sangat berbeza dengan model lainnya, ianya masih menjaga simbol jenama Mercedes-Benz dibahagian gril depan yang diselut dengan warna chrome untuk menandakan keanggunan, kemewahan dan kereta bertaraf berkelas tinggi. Walauabagaiamanpun, kali ini ianya dikeluarkan dengan jenis Hybrid sesuai dengan teknologi terbaru penjimatan minyak. desain lainnya rangka besi yang lebih ringan dalam keseluruhan kulit kereta tersebut direka dengan aluminium.

Prestasi Mercedes S400 mempunyai sesuatu yang istimewa, kerana enjin V6 silinder dengan direct injection yang mampu memecut sehingga 306 kuasa kuda @ 6500rpm. 

Kuasa sebanyak 306hp terhasil dari bantuan kepada semua tayar melalui kotak gear 7-kelajuan 7G Tronic Plus. Kotak gear ini mempunyai pengawal elektronik yang mampu mengawal penyampaian kuasa bersesuaian mengikut keadaan, daripada pacuan depan sepenuhnya.