Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, October 17, 2013

Jerayawara Jaguar di Times Square


Setelah lama menghilang, Jaguar kini kembali lagi di bawah Syarikat Indera Motors Sendirian Berhad.

Dengan kemunculan baru ini, Syarikat tersebut telah menjalankan jerayawara Jaguar yang berlangsung di kawasan Atrium, Pusat Membeli-belah Time Square bulan lepas.

Jerayawara yang berjalan selama tiga hari itu sehingga 29 September, mempamerkan model-model terkemuka keluaran Jaguar bertemakan “How Alive Are you”.

Ini membantu bekas dan pelanggan baru memahami kehebatan model Jaguar terbaru dan perbezaannya dari kereta lainnya.

Pengunjung berpeluang menyaksikan barisan model termasuk Model XF dan XJ dengan enjin berbeza dan reka bentuk badan yang berlainan.

Sepanjang jerayawara dijalankan, Indera Motors juga telah mengadakan pertandingan permainan perlumbaan Xbox yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa. Pendaftaran adalah percuma dan perlawanan akhir akan diadakan pada 29 September itu.