Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, September 16, 2013

Memperkenalkan Chevrolet Malibu




 
Jenama kereta Chevrolet Malibu hari ini secara rasminya diperkenalkan kepada orang ramai melalui pengedar utamanya, Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd sebaik sahaja ia dilancarkan bersama oleh Pengarah Urusan GHK Motors, Yang Berhormat Pehin Dato Paduka Goh King Chin dan Pengerusi GHK Motors, Pengiran Dato Shariffuddin.



Pelancaran di bilik pameran Chevrolet di Sumbangsih Bahagia, Beribi ini menyaksikan rekaan semula Chevrolet bagi tahun 2013.Chevrolet Malibu keluaran baru ini adalah segala-galanya yang anda perlukan bagi kereta sedan saiz pertengahan. 


Selain memiliki kecekapan bahan api yang mengagumkan, Malibu mempunyai enjin 2.4L 4 silinder dan transmisi automatik 6-kelajuan yang memberikan prestasi responsif memuatkan lima orang penumpang, Malibu menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti 4 saluran ABS standard, tali pinggang keselamatan bagi ruang depan dan belakang termasuk beg udara SRS di ruang pemandu dan penumpang.
 

Untuk maklumat lanjut mengenai Chevrolet Malibu ini, boleh mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Bangunan Sumbangsih Bahagia, Beribi.