Mantuka

Hyundai i30N

Monday, September 16, 2013

Honda Brio harga terjangkau dan berkualiti




 Courtesy Mahdi Yassin


 ‘Brio’ dalam bahasa Itali bermaksud bertenaga atau ceria dan perkataan tersebut memberikan inspirasi kepada salah sebuah pasaran gergasi kereta di Jepun iaitu Honda untuk mengeluarkan sebuah kereta yang mampu memberi rasa keseronokan, tangkas, kecekapan bahan api, luas dan selamat.
              

Honda Brio mula dilancarkan  di Brunei hari ini melalui Happy Motoring Co Sdn Bhd, pengedar eksklusif kereta Honda di tanah air. Brio diperkenalkan untuk menemani Honda Jazz pada kelas ‘compact-hatchback’ dan memberikan sesuatu yang berbeza dari kenderaan lain sejenisnya, terutama harga dan juga ciri-ciri standard yang diikutsertakan pada kereta ini.
          
Pengarah Urusan Happy Motoring Co Sdn Bhd, Awg. Loh Kok Sin berkata, “Honda Brio dikeluarkan hasil daripada kaji selidik pasaran Honda di Asia terhadap orang ramai khususnya dalam gaya hidup rakyat dan keperluan memandu. Brio tampil berdaya saing dilengkapi dengan semua ciri-ciri standard yang biasanya ditemui dalam kereta yang lebih besar.”
             
Beberapa keunggulan Brio juga dapat dilihat pada enjin yang dimilikinya. Dibandingkan  ‘compact-hatchback’ sekelasnya, Brio dimuatkan dengan enjin yang berkapasiti 1.2 L  i-VTEC yang mampu menghasilkan daya maksimum hingga 88 Ps pada 6.000 rpm dengan tork 11.2 kg-m pada 4600 rpm.

 
Di bahagian eksterior Brio, berbanding kereta hatchback yang lain, kereta ini memang terlihat lebih sporty, dengan konsep "Double Triangle" yang menggabungkan segitiga dinamik dan sporty yang terletak di bahagian depan serta belakang. Bukan hanya itu, Brio dilengkapi ‘Sporty Bonnet’ yang merupakan ciri khas Honda, serta ‘Crome Grille’ yang berbentuk heksagonal.

Bahagian lampu depan juga lebih menarik, dilengkapi ‘velg alloy whell’ berukuran 14 inci untuk kaca hadapan terlihat lebih lapang, sehingga meminimumkan ‘blindspot’. Selain itu, terlihat lebih luas untuk melihat keadaan jalan di luar. Sementara itu, di bahagian belakang, Honda Brio menerapkan inovasi baru, dengan menggunakan kaca lebar agar memberikan jarak pandang lebih luas ke belakang.