Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 24, 2013

Pra-Pelancaran Nissan GT-R MY13


Nissan GT-R MY13 edisi premium menjadi tumpuan orang ramai setelah kereta tersebut di lancarkan dan dipamerkan di mall Times Square, Berakas. Nissan GT-R edisi tersebut telah pun di perkenalkan ke Negara Brunei Darussalam pada Disember 2012 oleh bapa kepada GT-R iaitu Kazutoshi Mizuno sendiri semasa beliau berada di Brunei Darussalam.

Nissan GT-R sentiasa menjadi supercar lagenda dengan reka bentuk revolusi dan kejuruteraan yang unik. Model Nissan GT-R 2013 mempunyai banyak peningkatan dari model sebelumnya dari segi prestasi, perjalanan dan pengawalan. Bercakap mengenai prestasi, engin telah diubahsuai dengan teknologi yang membolehkan respon engin mid-range yang lebih tajam dan peningkatan pecutan di tahap tinggi. Casis juga dipertingkatkan bagi membolehkan pemandu dan penumpang GT-R sama-sama mengalami perjalanan yang stabil semasa kelajuan di tahap tinggi. Tambahan lagi, "shock absorbers" dan "stabilizers" depan juga diubahsuai. Model terbaru ini boleh didapati dengan tiga jenis edisi iaitu "Pure Edition", "Black Edition", dan "Premium Edition". Model yang dipamerkan mempunyai dua warna dalaman iaitu merah amber dan hitam.


Pada 26 Mei (Ahad), Nissan GT-R MY13 Pure Edition akan dipamerkan kepada orang ramai di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad, Beribi. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat Boustead di talian +673-243-1333 atau melayari Facebook Nissan beralamat http://www.facebook.com/pages/Nissan-Brunei.