Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, February 27, 2013

T.C.Y. Motors memperkenalkan Chery Fulwin 2



Mempertarungkan rekaan moden dengan konsep generasi baru, Chery Fulwin 2 merupakan barisan model terbaru keluaran Chery yang akan menemui penggemar kereta di pasaran Brunei.

Dalam pratonton media bagi Chery Fulwin 2, T.C.Y. Motors memperkenalkan kenderaan terbaru keluaran Chery yang bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik tetapi mempunyai gaya bentuk badan yang moden mengikuti kriteria-kriteria zaman kini apatah lagi ruangan tempat duduk penumpang yang luas dikeluarkan dengan dua jenis iaitu hatchback dan sedan.

Chery Fulwin 2 selain memberikan pengalaman memandu yang selesa juga dilengkapi dengan ciri-ciri terkini termasuk Sistem Anti Lock Berhenti (ABS), lampu fog light depan, sistem power window, pemain cekera padat, central locking sistem dan sistem hawa dingin depan dan belakang.

Fulwin 2 mempunyai sebagai nadi penggerak model teknologi enjin dari Eropah, ACTECO-SQR477F, 1.5 litre yang bukan sahaja memberikan kuasa mencapai 170km/h kepada kereta berkenaan tetapi dengan teknologi terkini itu juga memberikan penjimatan dengan mengurangkan penggunaan minyak tetapi pada masa yang sama memberikan prestasi dan pengalaman pemanduan dinamik.

Pengedar kenderaan Chery unggul di pasaran Brunei, T.C.Y. Motors akan melancarkan secara rasmi kenderaan Chery terbaru itu, pada 11hb  Januari ini nanti di Dewan Pameran T.C.Y. Motors di Kiarong Sentral.

Sehubungan itu pihak T.C.Y. Motors, mengalu-alukan orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat model Chery terbaru, Fulwin 2 ke dewan pamerannya itu nanti.