Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, February 23, 2013

Grand Motors Menampilkan Bilik Pameran KIA Baru



Syarikat Grand Motors hari ini telah mencatat sejarah baru setelah melancarkan Bangunan bilik pameran baru jenama ‘KIA’ di Beribi.

Penyempurnaan pemotongan ribbon bagi merasmikan pembukaan itu telah disempurnakan oleh Duta Besar Republik Korea, Choi Byung Koo, Presiden Kia Asia Pasifik Kia Motos Corp, T J Park dan Pengarah Grand Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying.


Menurut Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho, Grand Motors  selaku agen kereta yang dipercayai telah menerima tindak balas yang baik oleh penduduk Brunei dan mendapat kedudukan pertama dalam penjualan kereta tertinggi dinegara ini.

Katanya, jenama Kia Motors mula dipercayai setelah menghasilkan kereta-kereta ‘Kia’ terbaru seperti Picanto, Sorento, Cerato, Caren, Optima, Rio dan Sportage yang mempunyai reka bentuk moden, keselamatan yang terjamin dan berkualiti tinggi. Tahun ini sahaja, Grand Motors sudah berjaya menjual sebanyak 3354 unit dan menjangkakan penjualan akan mencapai 15,000 unit bagi keseluruhan tahun 2013.

Tambah beliau, “Bilik pameran Kia terbaru seluas 5000 Sq Ft mengambil kos sebanyak 1.4 juta adalah mengikut bilik prosedur standard 'Global Space Identity' (GSI). Bilik pameran terbaru mengambil selama tujuh bulan untuk siap memberikan fasiliti sepenuhnya dari segi ruang, penyelenggaraan dan keselesaan pelanggan mengikut taraf antarabangsa, saya berharap penjualan kereta Kia semakin bertambah dan mengambil kepercayaan pelanggan akan jenama berkualiti tinggi buatan Korea tersebut”, beliau berkata.

Disamping itu juga, Grand Motors turut melancarkan kereta Sorento terbaru (Facelift) menampilkan kepada kereta moden khasnya kepada yang mempunyai keluarga. Pelancaran Sorento terbaru itu juga telah dilancarkan oleh Duta Besar Republik Korea, Choi Byung Koo, Presiden Kia Asia Pasifik Kia Motos Corp, T J Park dan Pengarah Grand Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying.