Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, February 14, 2022

Porsche Macan Jenerasi ke-3 dilancarkan oleh QAF Eurokars Sdn Bhd

Gambar dari : QAF Eurokars Sdn Bhd

QAF Eurokars Sdn Bhd semalam memperkenalkan jenerasi ketiga Porsche Macan serba baru yang dibina lebih kuat, tajam dan sportif dilancarkan di Porsche Centre Brunei di Beribi.

Porsche jenis kompak SUV mempunyai konsep terbaru dengan ruang dalam penampilan moden, kedudukan fungsi-fungsi termasuk fungsi dibahagian tengah yang nampak lebih moden. Selain itu prestasi dipertingkatkan yang mana Macan didatangkan dengan kuasa yang lebih berkuasa tinggi dari model sebelumnya.

“Jenerasi ketiga Porsche Macan dikira sebagai enjin terkuat pada masa ini, dibandingkan dengan yang terdahulu sejak ia dilancarkan pada tahun 2014,” kata Pengurus Besar QAF Eurokars Sdn Bhd, Lahiru De Silva. “Kami sukacita memperkenalkan jenerasi ketiga yang diminati oleh para peminat Porsche tempatan.

Seperti Macan GTS menduduk teratas dari barisan lain berkuasa menggunakan enjin 2.9 liter V6 biturbo yang kini menyalurkan 324KW bersamaan 440PS – tambahan kuasa 44KW bersamaan 60PS. Tambahan lagi Porsche GTS menamatkan 0 ke 100 KM/J dengan hanya mengambil 4.3 saat sahaja dan jika dilengkapi dengan pakej Sport Chrono akan mencapai 272 KM/J. Jika itu tidak mencukupi Macan S juga sekarang dilengkapi dengan 2.9 liter V6 biturbo menyalurkan 20KW bersamaan 26PS lebih kuasa dari sebelum ini, dengan 280KW bersamaan 380PS.


Macan jenerasi terbaru menawarkan suspension lebar dengan chassis yang diperbaiki untuk memberi sensitive tindak balas yang baik melalui roda stereng. Dengan tujuan ini, Porsche Active Suspension Management (PASM) telah disesuaikan semula hanya bagi model ini.

Lampu depan LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS) dan cermin luar reka bentuk sportif sekarang djadikan standard bagi kesemua model.

Sebanyak 14 warna disediakan bagi Macan terbaru termasuk warna baru Papaya Metallic dan Gentian Blue Metallic, dan juga Python Green untuk Macan GTS dan GTS Sport Package. Tayar-tayar aloi besar juga dilengkapkan sebagai pilihan standard yang mana ukuran 19” bagi Macan, 20” bagi Macan S dan 21” bagi Macan GTS.

Porsche Macan sekarang boleh didapati dari Porsche Centre Brunei bermula dari B$95,900.00. Uji pandu boleh ditempah secara atas talian.