QAF Auto selaku pengedar kereta-kereta jenama BMW semalam menjemput para peminat serta pelanggan BMW untuk menyaksikan dua model M terbaru – BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition di BMW M Town yang diadakan di Negara ini.
Acara pelancaran itu disepurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu'min ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah and Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau.
“Kami sangat gembira mempamerkan BMW M, tidak ada yang hampir sama seperti BMW M3 dan BMW M4 Competition”, kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo. Selain itu The M Weekend juga member para pengunjung peluang untuk menyaksikan lebih dekat kereta sukan berpestasi tinggi buat kali pertama.
Orang ramai dialu-alukan untuk datang pada 24 dan 25 Julai ini ke BMW M Town sebelum ianya dimiliki. Para pengunjung akan diberikan jamuan ringan serta berpeluang untuk menguji pandu model-model BMW lainnya.