Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label SAV. Show all posts
Showing posts with label SAV. Show all posts

Monday, July 29, 2019

Pelancaran BMW X7 & BMW 7 Series


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Model yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba, BMW X7 sebuah SAV memasuki pasaran Brunei menjadi bahan percakapan ramai setelah ianya dilancarkan baru-baru ini.

Pelancaran itu diadakan bertempat di OneRiverside semasa majlis minum petang bersama Ketua-ketua Misi Diplomatic di Brunei dan rakan korporat.


Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan, QAF Auto secara positif bekerjasama dengan Duta-duta dan rakan korporat di Negara ini, beliau juga menekankan bahawa BMW X7 dan BMW 7 Series terbaru direka khas untuk ketua-ketua di dalam masyarakat.

BMW X7 dibentuk dengan lebih besar dengan menyediakan enam tempat duduk dan bampar yang dilebarkan memberi penampilan elegan dengam tambahan gril  depan yang diperbesarkan. Selain memberi paparan mewah, X7 juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti navigasi GPS, BMW Gesture Control, pengubah ukuran suspension kereta dengan hanya menekan punat, pemanas atau penyejuk minuman dibahagian depan dan USB port bagi type-C.



Model SAV premium ini dimuatkan dengan enjin BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Inline-6. Para pelanggan yang ingin membeli kereta ini juga boleh mendapatkan model 7 tempat duduk di Syarikat QAF Auto Sdn Bhd.


Para pelancaran itu juga, BMW 7 Series juga diperkenalkan sebagai model sedan mewah yang dihasilkan dengan bentuk badan yang lebih panjang. BMW740Li Pure Excellence menjadi tarikan global yang dijadikan sebagai kenderaan ketua-ketua dunia. Model yang begitu cantik dengan knob transmisi yang diperbuat seperti Kristal setentunya memberi keyakinan kepada pemandu bahkan penumpang didalam kereta tersebut.


Kedua-dua model tersebut boleh didapati di QAF Auto Sdn Bhd bermula 23 Julai dan disediakan dengan Pakej Plus Termasuk 5 Tahun BMW Service dan 3 Tahun BMW Roadside Assistance secara percuma.

Orang ramai boleh menyaksikan kedua-dua model tersebut di Bilik Pameran BMW, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd, Beribi semasa waktu pejabat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, atau mengetahui pendapat lanjut dari review penyampai Team Mantuka mengenai model BMW X7, orang ramai boleh menyaksikan video melalui IGTV semasa pelancaran kedua-dua model tersebut.

Thursday, January 17, 2019

BMW X5 2019: Saiz, Kuasa dan Teknologi Lebih Menarik


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

BMW Brunei baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penghargaan Media BMW meraikan media-media tempatan dengan hidangan makan malam istimewa dan cabutan bertuah yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, QAF Auto Sdn Bhd, Beribi.

Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan penghargaan kepada media-media tempatan yang telah membuat pelbagai liputan acara dan aktiviti yang dijalankan termasuk pengalaman pemanduan BMW oleh BMW Brunei selama ini.


"Tahun ini adalah tahun menarik bagi BMW. Pelbagai model baru akan diperkenalkan ke Negara ini, selain model BMW 3 Series, BMW 8 Series juga akan menjadi tumpuan ramai setelah model terakhir dikeluarkan pada tahun 1993," kata Sivakumar Krishnan.

Di acara itu juga, beliau juga telah menyempurnakan pelancaran BMW X5 xDrive40i serba baru. Model ini merupakan sebuah kenderaan Sports Activitiy Vehicle (SAV) direka dengan lebih bergaya dan mempunyai kemampuan perjalanan di luar jalan dengan prestasi menakjubkan tidak kira diperjalanan kasar dengan karakteristik dinamik BMW.

Jenerasi terbaru ini dihasilkan dengan penuh desain dan teknologi terkini. BMW X5 yang juga dikenali sebagai 'The Boss' mempunyai jarak tayar 42mm panjang dari model sebelumnya, 66mm lebar dan 19mm tinggi menjadikan model X5 lebih berkapasiti besar dan ruang luas bagi pemandu, penumpang dan bagasi mereka.


Semua model datang standard dengan teknologi terkini seperti BMW Live Cockpit Professional, paparan 12.3-inci, head up display yang lebih besar, pemegang cawan yang disejukkan dan dipanaskan, dan lampung ambient dipersekitaran dalaman kereta. Tambahan terbaik juga, ia boleh memuatkan tujuh tempat duduk dengan ruang kaki yang luas.

Apa yang nampak perubahan ketara dari segi luaran adalah dari segi gril depan BMW yang berbentuk buah pinggang. BMW X5 serba baru juga dilengkapi dengan Lampu Utama LED Adaptive yang didatangkan secara standard. Tambahan lagi, fungsi Sky Lounge dari bumbung kaca panorama - adalah sebagai pilihan - memainkan peranan yang sangat istimewa dan eksklusif apabila masuk waktu malam, dengan cahaya LED menyebarkan secara merata di permukaan kaca tersebut untuk menerangi lebih daripada 15,000 corak grafik dan menghasilkan paparan yang mengingatkan bintang dilangit.

X5 jenerasi ketiga kini dimuatkan dengan 3.0 Liter Twin-Scroll Turbocharger dan teknologi petrol injection yang menghasilkan 340 kuasa kuda diantara 5,500 dan 6,500 rpm. BMW X5 xDrive40i mampu mencapai 0 kepada 100 km/J dalam masa 5.5 saat sahaja.

Ini adalah blueprint BMW yang melancarkan kategori SAV hampir 20 tahun yang lalu. BMW X5 adalah SAV pertama sebagai bapa kepada keluarga model BMW X.

Lebih dari 2.2 juta unit BMW X5 jenerasi ketiga telah dijual diseluruh dunia. Ianya juga sebagai ketua pasaran dalam segmen premium all-wheel dan masih memegang sehingga ke hari ini.

BMW X5 serba baru akan lagi dibina di Pelan BMW Spartanburg di South Carolina, Amerika Syarikat. Pusat tersebut akan menjadi pusat pakar model-model BMW X yang juga akan memegang penghasilan BMW X3, BMW X4 dan BMW X6 dan tidak lama lagi BMW X7 juga akan di masukkan kedalam jadual.


Tuesday, October 30, 2018

Pelancaran BMW X7 Dijangka Berlangsung pada Mac 2019

Gambar dari BMW Singapore
Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Keluaran terbaru BMW X7 menjadi keluaran kereta terbaru syarikat QAF Auto Sdn Bhd dan sebagai Sport Activity Vehicle (SAV) terbesar setakat ini.
 
X7 yang diperkenalkan tahun ini menandingi model-model SUV premium syarikat lainnya akan dihasilkan dari Pelan BMW Spartanburg di Amerika Syarikat. X7 adalah model kelima dihasilkan dari X3, X4, X5 dan X6.
 
Model terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada Mac 2019.

Dengan berukuran 5,151 milimeter panjang, 2,000 milimeter lebar serta 1,805 tinggi model ini memberi kapasiti yang luas dengan tujuh tempat duduk. Model ini turut digayakan dengan lampu LED dengan BMW Laserlight sebagai kelengkapan tambahan.

Gambar dari BMW Singapore
Dibahagian tengah tempat duduk mempunyai dua tempat duduk selesa sebagai pilihan tambahan. Tambahan lagi, dilengkapi penyimpan cawan dan port USB, kesemua kerusi duduk boleh diubah posisi secara leektornik dengan kulit kerusi trim Vernasca sebagai kulit standard kereta tersebut. 

Ukuran tayar aloi bagi model X7 disediakan 20” sebagai ukuran standard, tetapi boleh diperbesarkan kepada 21” atau 22” sebagai pilihan.
 
Bercakap mengenai keselamatan, fungsi-fungsi terbaru seeprti system bantuan pemanduan, Kawalan Cruise Aktif, bantuan kawalan laluan, amaran awal perlintasan lalu lintas, BMW Head-Up Display, bantuan letak kereta termasuk kamera belakang.
 
Selain itu, BMW X7 dimuatkan BMW Live Cockpit Professional dengan BMW Operating System 7.0 sebagai standard. Display kawalan dan klaster secara digital dengan skrin sentuh, kawalan iDrive, punat fungsi di stereng dan kawalan suara.

Gambar dari BMW Singapore

Sunday, April 20, 2014

Pelancaran BMW X5, Jualan Hujung Minggu dan Uji Pandu

Bersempena dengan kedatangan kereta terbaru BMW X5, orang ramai diberi peluang untuk menyaksikan kereta tersebut yang dipamerkan di bilik pameran BMW, QAF Auto, Beribi.

Keluaran BMW X5 terbaru itu akan dipamerkan selama dua hari bermula 19hb hingga 20hb April ini dengan mempamerkan tiga buah model X5 dan beberapa model-model BMW lainnya.

Menurut Eksekutif Pemasaran, Siti Salwa binti Haji Mustapa menjelaskan kepada media, bahawa semasa pameran ini dijalankan, pelanggan yang membuat tempahan awal BMW X5 akan diberikan harga promosi khas. Disamping itu, kereta-kereta model lain turut diberi tawaran harga semasa ianya dijalankan dan tawaran tersebut diberikan hanya sekali dan tidak akan diulang lagi.

BMW Asia dan QAF Auto Sdn Bhd telah memperkenalkan jenerasi ketiga BMW X5, sebuah kereta yang direka sebagai Kenderaan Aktiviti Sport (Sports Activity Vehicle) SAV yang direka khas untuk memberi apa jua permintaan. BMW X5 terbaru menyediakan tiga jenis model iaitu Kuasa V-8 BMW X5 xDrive50i dengan maksimum 450 kuasa kuda, manakala 306 kuasa kuda bagi model enjin enam silinder petrol BMW X5 xDrive35i dan enam silinder in-line kuasa diesel BMW X5 xDrive30d mempunyai kuasa sehingga 258 kuasa kuda.

BMW yang menawarkan sebuah kereta SAV pertama, menjadi kereta jualan terbaik lebih 1.3 juta unit seluruh dunia telah dijual sejak jenerasi pertama X5 dilancarkan.