Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label BMW. Show all posts
Showing posts with label BMW. Show all posts

Friday, January 17, 2020

BMW Menaik Taraf Proses Selepas Jualan Secara Digital

Berikutan implementasi BMW Group ISPA Next program pada tahun 2017 lalu, QAF Auto Sdn Bhd hari ini mengumumkan pengenalan sistem Penempahan secara Online "Online Appointment System" (AOS) dan Bengkel CitNOW Plus Interactive Quotation System bagi menyokong perubahan proses selepas jualan menjurus kepada digital.

Sistem terbaru ini membolehkan para pelanggan BMW membuat tempatan perkhidmatan secara online yang begitu mudah digunakan dan cepat.

Pelanggan tidak perlu untuk menunggu lama atau membuat tempahan melalui telefon untuk membuat tempahan, sekarang dengan hanya mengisi maklumat secara online dan menghantarnya, pelanggan akan menerima pengesahan tempahan perkhidmatan penyelenggaraan secara cepat dan teratur oleh kumpulan BMW Brunei.

Selain itu, Bengkel CitNOW Plus System ialah sistem mudah dan alat yang sangat penting yang mampu menggunakan video sebagai Vehicle Health Check (VHC) untuk memberi maklumat telus dan mudah untuk pelanggan mengenalpasti masalah kenderaan mereka melalui laporan yang dihantar melalui SMS oleh kumpulan BMW Brunei.

Menurut Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo, "dengan adanya sistem terbaru ini,  pelanggan kini secara mudah menempah perkhidmatan kenderaan secara mudah dan mengambil sekejap masa untuk menempahnya."

"Setelah pelanggan membawa kenderaan mereka, Sistem Bengkel CitNOW Workshop Plus akan memberi laporan pemeriksaan kenderaan mereka secara telus melalui pengambil video dibawah tatacara Vehicle Health Check (VHC)."

"Seperti yang kita jalankan melangkah ke era digital,  kami akan melihat untuk menubuhkan penanda aras dalam industri dan memberi layanan kepada pelanggan kami dengan perubahan baru di masa hadapan."

Saturday, October 26, 2019

Minggu Uji Pandu BMW


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Orang ramai hari ini berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis model BMW terbaru yang dikeluarkan oleh Syarikat QAF Auto Sdn Bhd.

Antara model yang dipamerkan semasa acara 'Minggu Uji Pandu BMW' ialah dari model 3 Series, 5 Series, M Series hingga kepada X Model.




Acara tersebut diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga esok (27hb Oktober 2019) dari 9 pagi hingga 5 petang.

Kepada yang berminat, orang ramai boleh berkunjung ke Bilik Pameran BMW, QAF Auto Sdn Bhd di Beribi sambil menikmati jamuan istimewa yang disediakan.

Gambar dari BMW Brunei

Gambar dari BMW Brunei

Gambar dari BMW Brunei

Tuesday, August 6, 2019

Pengalaman BMW xDrive Xperience satu kebanggaan



Buat kali pertamanya, syarikat QAF Auto Sdn Bhd menganjurkan BMW xDrive Xperience 2019 pada 2 hingga 4 Ogos lalu.

Acara tersebut disertai 160 peserta terdiri daripada pelanggan dan pelanggan sedia ada mengambil pengalaman terbaru semasa aktiviti yang berjalan selama tiga hari itu.

Acara itu, dirasmikan oleh Timbalan Ketua Misi Republik Jerman, Thomas Heilmaier yang memulakan perjalanan dari Bilik Pameran BMW Brunei menuju ke Ban 1, Kampong Mulaut.

Semasa berada disana, para peserta disediakan dengan pelbagai model X BMW untuk mengikuti beberapa aktiviti dibawah program xDrive seperti Slalom, Wading Pool, Hill Distance Control (HDC) dan Ninja Crawl melalui rintangan pejanan luar jalan, berair dan tidak stabil.

 
Setiap aktiviti di tunjuk ajar oleh Pelatih Advance, Intensif dan Mottorad oleh BMW Driving Experience dan Akademi Pelatih Antarabangsa, Wong Kah Keen.

Menurut Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan, “Minat kami adalah untuk memberi pelanggan kami pengalaman xDrive BMW ke Brunei”, katanya.

Kami menerima tindak balas yang baik dari pelanggan dan orang ramai mengenai acara Pengalaman Pemanduan BMW tahun lepas di Jerudong Park. “Kami juga menerima anugerah BMW Group Asia sebagai Pengalaman Jenama BMW yang Terbaik.

"Kami ingin membawa pengalaman di Gunung Bromo di Indonesia kepada pelanggan di Brunei dan memberi pengalaman ‘Xtreme’ kepada mereka."

Monday, July 29, 2019

Pelancaran BMW X7 & BMW 7 Series


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Model yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba, BMW X7 sebuah SAV memasuki pasaran Brunei menjadi bahan percakapan ramai setelah ianya dilancarkan baru-baru ini.

Pelancaran itu diadakan bertempat di OneRiverside semasa majlis minum petang bersama Ketua-ketua Misi Diplomatic di Brunei dan rakan korporat.


Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan, QAF Auto secara positif bekerjasama dengan Duta-duta dan rakan korporat di Negara ini, beliau juga menekankan bahawa BMW X7 dan BMW 7 Series terbaru direka khas untuk ketua-ketua di dalam masyarakat.

BMW X7 dibentuk dengan lebih besar dengan menyediakan enam tempat duduk dan bampar yang dilebarkan memberi penampilan elegan dengam tambahan gril  depan yang diperbesarkan. Selain memberi paparan mewah, X7 juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti navigasi GPS, BMW Gesture Control, pengubah ukuran suspension kereta dengan hanya menekan punat, pemanas atau penyejuk minuman dibahagian depan dan USB port bagi type-C.



Model SAV premium ini dimuatkan dengan enjin BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Inline-6. Para pelanggan yang ingin membeli kereta ini juga boleh mendapatkan model 7 tempat duduk di Syarikat QAF Auto Sdn Bhd.


Para pelancaran itu juga, BMW 7 Series juga diperkenalkan sebagai model sedan mewah yang dihasilkan dengan bentuk badan yang lebih panjang. BMW740Li Pure Excellence menjadi tarikan global yang dijadikan sebagai kenderaan ketua-ketua dunia. Model yang begitu cantik dengan knob transmisi yang diperbuat seperti Kristal setentunya memberi keyakinan kepada pemandu bahkan penumpang didalam kereta tersebut.


Kedua-dua model tersebut boleh didapati di QAF Auto Sdn Bhd bermula 23 Julai dan disediakan dengan Pakej Plus Termasuk 5 Tahun BMW Service dan 3 Tahun BMW Roadside Assistance secara percuma.

Orang ramai boleh menyaksikan kedua-dua model tersebut di Bilik Pameran BMW, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd, Beribi semasa waktu pejabat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, atau mengetahui pendapat lanjut dari review penyampai Team Mantuka mengenai model BMW X7, orang ramai boleh menyaksikan video melalui IGTV semasa pelancaran kedua-dua model tersebut.

Saturday, March 23, 2019

BMW 3 Series 2019 Dilancarkan Besar-Besaran


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.


Keluaran sedan sport generasi ketujuh BMW 3 Series serba baharu telah dilancarkan di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, Jerudong yang dianjurkan oleh BMW Asia dan QAF Auto Sdn Bhd.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff. Turut hadir selaku tetamu istimewa ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Muqtadir, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah.




Juga hadir ke acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau dan Pengarah Urusan BMW Group Asia, Christopher Wehner.





Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan  berkata “Kami memulakan tahun ini dengan pelancaran BMW X5 serba baharu pada bulan Januari 2019 dan kini kami teruja melancarkan Sport BMW 3 Series yang baharu malam ini.”





“Pada tahun ini, kami juga akan memperkenalkan lebih banyak model-model baharu seperti BMW 8 Series terbaharu dan BMW X7 yang pertama kali di Brunei Darussalam. Siri BMW 8 pertama kali diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu pada tahun 1990 dan dikuasakan oleh enjin petrol V8,” jelasnya lagi.

Model sedan ini mewakili bukan sahaja bagi kesemua barisan BMW 3 Series yang mana lebih 15 juta unit telah dijual di seluruh dunia tetapi juga sebagai nadi jenama BMW. Model sedan sport dengan pemanduan dinamik, kualiti premium dan inovatif ini dihasilkan di Munich, Jerman sejak 3 Series pertama diperkenalkan pada tahun 1975.





Bahagian depan BMW 3 Series yang juga dikenali sebagai 330i nampak lebih menuju kepada kemodenan dengan lampu depan LED nipis dan teknologi BMW Laserlight. Jeriji berbentuk buah pinggang sebagai simbol mewah BMW masih dikekalkan.


Reka bentuk BMW baru mempamerkan watak moden dan dinamik BMW 3 siri sedan baharu. Model ini adalah 76 mm lebih panjang daripada sebelumnya (di 4,709 mm), 16 mm lebih luas (1,827 mm) dan hanya 1 mm lebih tinggi (1,442 mm). Kereta ini mempunyai jarak roda lebar 41 mm (2,851 mm) dan kelebaran trek ditingkatkan (depan: +43 mm, belakang: 21 mm). Dengan adanya perubahan ini, secara langsung dan positifnya telah memperbaiki ketangkasan dan ketenangan memandu.





Jeriji BMW yang besar dan lampu depan yang mengetuanya adalah tema dominan bahagian depan kereta model BMW. Lampu LED datang sebagai standard, manakala lampu LED dengan ciri-ciri lanjutan dan lampu LED Adaptive dengan BMW Laserlight untuk non-dazzling high beam (dengan jarak sekitar 530 meter) boleh didapati sebagai pilihan.













Ruang dalaman BMW 3 Series cukup luas dengan pusat konsol kawalan yang tinggi dan reka bentuk yang diselaraskan daripada panel instrumen cahaya sehinggalah kepada panel pintu.



Model yang lebih maskular ini didatangkan dengan enjin 2 liter, 4-silinder BMW TwinPower Turbo System yang mampu menghasilkan kekuatan 258 kuasa kuda di antara 5,000 dan 6,500 rpm. Selain itu, ia lebih ringan 55 kilogram berbanding model sebelumnya.

BMW 3 Series Sedan menggunakan pemilihan sistem bantuan inovatif yang ketara untuk mengambil peranan utama di jalan raya untuk memandu secara automatik. Peralatan standard termasuk sistem Lane Departure Warning, ditambah dengan Amaran Pelanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan fungsi City Braking, versi terkini yang juga memberi amaran kepada pemandu apabila penunggang basikal dikesan.






Pilihan termasuk Kawalan Cruise Aktif (Active Cruise Control) dengan fungsi Stop & Go dan Pembantu Memandu (Driving Assistance) dengan Lane Departure Warning, Pencegahan Perlanggaran Belakang (Rear Collision Prevention) dan Aliran Lalu Lintas Trafik (Cross Trafic Alert).

Juga ditawarkan dalam model ini adalah Pembantu Profesional (Driving Asistant Professional) yang memberikan keselesaan lengkap dan peningkatan keselamatan pemandu dan penumpangnya. Salah satu ciri dari Pembantu Pemandu Profesional ini adalah untuk membantu kawalan pemandu dan kawalan dilorong, yang memastikan keselesaan pemandu dan membantu menjaga kenderaan di jalan lorong sempit. Tambahan lagi, ianya juga mempunyai sistem Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran disisi yang aktif (Active Side Collision Protection) dan bantuan pengelakan. Head-Up display BMW baru menawarkan permukaan yang lebih besar, grafik baharu dan kandungan paparan yang ditambah baik.




Park Distance Control dan kamera belakang membantu pemandu dengan menggerakkan dan memasuki atau keluar ruang letak kereta. Juga terdapat Pembantu Tempat Letak Kereta (Parking Assistant), yang mengambil alih stereng memandu, pecutan, brek dan perubahan gear dengan penghantaran Steptronic ketika memandu masuk dan keluar dari ruang. Pelbagai fungsinya juga termasuk Reversing Assistant, yang boleh mengundurkan kenderaan untuk jarak sehingga 50 meter dengan mengarahkannya di sepanjang garis yang sama yang telah diambil ketika bergerak ke hadapan.





Sistem operasi BMW baharu 7.0 memainkan peranan utama dalam mengoptimumkan sistem kawalan dan paparan dengan fungsi digital moden yang diciptakan tepat untuk keperluan pemandu. Standard BMW Cockpit pula disesuaikan pada klaster instrumen 12.3 inci digital sepenuhnya dan paparan kawalan pula berukuran 10.25 inci. Untuk operasi intuitif, pemandu boleh memilih kawalan sentuh dan kawalan suara.





Keunikkan BMW 3 Series Sedan baharu ialah Bantuan Peribadi Pintar BMW (BMW Intelligent Personal Assistant), ciri-ciri pintar dan digital yang bertindak balas dengan pantas kepada bunyi suara pemandu apabila menyebut "Hey BMW". Salah satu ciri unik berbanding bantuan digital lain ialah pemandu boleh memberi nama kepadanya. Bantuan ini dapat menerangkan pelbagai fungsi yang berlainan ("Bagaimana High Beam Assistant berfungsi?"), memberikan maklumat status semasa ("Adakah tahap minyak baik?") dan membantu menjawab soalan ("Apa mesej amaran yang saya ada?"). Pembantu Peribadi Pintar BMW ini secara ringkasnya, ideal co-driver dan berguna khususnya semasa memandu setiap hari dengan memberi respon kepada arahan suara semulajadi untuk membantu pemandu dengan pelbagai tugas, seperti meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang perjalanan.






Tuesday, October 30, 2018

Pelancaran BMW X7 Dijangka Berlangsung pada Mac 2019

Gambar dari BMW Singapore
Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Keluaran terbaru BMW X7 menjadi keluaran kereta terbaru syarikat QAF Auto Sdn Bhd dan sebagai Sport Activity Vehicle (SAV) terbesar setakat ini.
 
X7 yang diperkenalkan tahun ini menandingi model-model SUV premium syarikat lainnya akan dihasilkan dari Pelan BMW Spartanburg di Amerika Syarikat. X7 adalah model kelima dihasilkan dari X3, X4, X5 dan X6.
 
Model terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada Mac 2019.

Dengan berukuran 5,151 milimeter panjang, 2,000 milimeter lebar serta 1,805 tinggi model ini memberi kapasiti yang luas dengan tujuh tempat duduk. Model ini turut digayakan dengan lampu LED dengan BMW Laserlight sebagai kelengkapan tambahan.

Gambar dari BMW Singapore
Dibahagian tengah tempat duduk mempunyai dua tempat duduk selesa sebagai pilihan tambahan. Tambahan lagi, dilengkapi penyimpan cawan dan port USB, kesemua kerusi duduk boleh diubah posisi secara leektornik dengan kulit kerusi trim Vernasca sebagai kulit standard kereta tersebut. 

Ukuran tayar aloi bagi model X7 disediakan 20” sebagai ukuran standard, tetapi boleh diperbesarkan kepada 21” atau 22” sebagai pilihan.
 
Bercakap mengenai keselamatan, fungsi-fungsi terbaru seeprti system bantuan pemanduan, Kawalan Cruise Aktif, bantuan kawalan laluan, amaran awal perlintasan lalu lintas, BMW Head-Up Display, bantuan letak kereta termasuk kamera belakang.
 
Selain itu, BMW X7 dimuatkan BMW Live Cockpit Professional dengan BMW Operating System 7.0 sebagai standard. Display kawalan dan klaster secara digital dengan skrin sentuh, kawalan iDrive, punat fungsi di stereng dan kawalan suara.

Gambar dari BMW Singapore

Friday, October 19, 2018

Jerayawara ‘BMW Year-End Dynamic’ di Seria


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

QAF Auto ketika ini mengadakan jerayawara ‘BMW Year-End Dynamic’ selama tiga hari  di letak kereta Supasave, Seria yang bermula 19 hingga 21 Oktober ini.

Jerayawara ini diadakan untuk mendedahkan model-model terbaru dari BMW sambil mempromosi tawaran dan peluang uji pandu kepada pelanggan yang berminat untuk mencuba kehebatan model-model terkini.

Antara model yang dipamerkan ialah model BMW X4. Model yang baru saja dilancarkan bulan lepas dan telah mendapat sambutan ramai.


Orang ramai juga boleh mempelajari tawaran terkini dibawah tawaran BMW Dynamic.

Kepada pelanggan yang membeli BMW dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018 akan layak untuk menerima kadar bunga rendah iaitu serendah 2.88 peratus. Pelanggan juga boleh membuat pilihan pembelian melalui Pelan Kewangan BMW Dynamic.

Tambahan lagi, kesemua kereta yang dibeli semasa jerayawara ini dijalankan akan menerima 5 tahun Perkhidmatan BMW termasuk Pakej Plus atau 100,000 Km.

QAF Auto juga menerima trade-in dan tawaran nilai tertinggi kepada pelanggan yang berminat untuk membeli BMW baharu.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 2453377 sambungan 604/605 atau Whatsapp +6738985920.

Tuesday, September 11, 2018

BMW World of Passion and Joy


Gambar dari BMW Singapore

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat QAF Auto Sdn Bhd baru-baru ini menghantar wartawan-wartawan permotoran ke acara ‘BMW World of Passion and Joy’ di Singapura dari 25 hingga 26 Ogos ini bagi mengambil pengalaman tersendiri dunia BMW dan MINI.

Hadir mengucapkan selamat berlepas kepada wartawan-wartawan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi tadi ialah Pengurus Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa.

Acara yang berlangsung selama dua hari di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Singapura itu memperlihatkan kereta-kereta bersejarah BMW dan MINI, meneroka cerita dan perjalanan MINI, berhibur dengan persembahan-persembahan dan aktiviti interaktif.


Gambar dari BMW Singapore
Sebelum acara ‘BMW World of Passion and Joy’, para media dikumpulkan untuk mengikut majlis makan malam bagi mengalu-alukan kedatangan media-media antarabangsa untuk mengambil liputan khas mengenai keluaran terkini dari BMW dan MINI.

Dalam majlis makan malam itu, Pengarah Urusan BMW Group Asia, Christopher Wehner menyampaikan ucapan alu-aluannya yang menyentuh mengenai acara-acara BMW world selama ini menjadi tanda penyatuan sejarah BMW sebelum, sekarang dan di masa depan di bawah satu bumbung, “Kami sangat gembira mengalu-alukan kedatangan para pengunjung mengambil pengalaman unik melalui pameran ini nanti.

“Di samping itu, buat kali pertama di Singapura, kami melancarkan empat buah model terbaharu dan mempamerkan dua model tambahan termasuklah model, BMW Concept X7 iPerformance.”


Semasa Ekspo itu dijalankan, penulis menyaksikan pelancaran keluaran baharu BMW 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer, kedua buah model tersebut dihasilkan sebagai kegunaan perjalanan Bandar dilengkapi dengan transmisi dual-clutch.

Gambar dari BMW Singapore

Gambar dari BMW Singapore

BMW 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer mempunyai penampilan gril buah pinggang depan mereka yang lebih besar, yang kedua-duanya lebih tinggi dan lebih luas, dan kini terbentang hampir ke arah lampu kepala. Tambahan Air Intake pengambilan udara luar, foglamp LED sebagai tambahan baru, lebih menonjolkan dan canggih. Tambahan lagi, kedua-dua model mempunyai luaran rupa sport line dengan tempat duduk sportif, display instrument berwarna hitam.

BMW X4 juga menjadi tarikan ramai pada pelancaran model terbarunya, BMW X4 serba baru dikuasa menggunakan xDrive mempunyai kebolehan digunakan dalam pelbagai rupa bumi atau pelbagai cuaca. Model SAV Coupe mempunyai bentuk badan lebih lebar, dilengkapi suspension M Sport dan stereng sport mampu menjelajahi pelbagai cabaran.


Gambar dari BMW Singapore


Apa yang menarik, keluaran model BMW i3s Rex, mempamerkan era baru dalam mobility, BMW i3s REx antara model premium tertinggi di dalam jenama BMW, mempunyai pemanduan dinamik, dilengkapi pelbagai teknologi masa kini setentunya memberi kenikmatan dalam pemanduan bergaya yang digabungkan dengan kereta elektrik dari kumpulan BMW.

Penulis Mantuka juga berpeluang menyaksikan pelancaran edisi pertama BMW Z4 sebuah model roadster yang ditunggu-tunggu oleh peminat kereta BMW.

Z4 masih mempertahankan desain grill kidney yang sudah menjadi trademark mewah BMW. Selain itu, lampu headlamp bi-Xenon dengan nampak sportif dan elegan. Selain nampak bergaya, Z4 sesuai bagi kegunaan berseronok atau menghadiri acara-acara kemeriahan. Ianya menjadi sejarah baru bagi BMW menghasilkan model terkini ini.

BMW Z4 M40i mempunyai kuasa 250kW/340 kuasa kuda, dengan enjin 6 silinder sebaris dan dilengkapi sustepnsion sport dengan kawalan damper elektronik, system brake M Sport serta mampu menghembus kuasa perlepasan 4.6 saat dari 0 ke 100 km/J.

Jika itu tidak mencukupi, ‘BMW World of Passion and Joy’ juga memperkenalkan BMW i8 Series serba baru yang menggabungkan prestasi dan kemewahan dalam satu. Model  hybrid 4 pintu coupe ini menjadi kereta jualan teringgi pada masa ini.


i8 juga berkali-kali memenangu anugerah enjin antarabangsa tahunan dari 2015 hingga 2017. model ini mempunyai badan yang ringan disebabkan bahan rekaan yang dihasilkan dari aluminium desain tersendiri dari bonet yang rendah, tayar aloi 20” dengan double spoke desain.

Model i8 Roadster terbaharu ini dimuatkan teknologi hybrid drive duo elektrik motor dan enjin petrol 3-silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo bersama transmisi 6-kelajuan Steptronic manakala electric motor menggerakkan roda depan  melalui 2-kelajuan automatic gearbox.

M2 serba baru turut dipamerkan disana sebagai model lumba dimuatkan enjin bi-turbo sebaris 6-silinder yang mampu bergerak dari 0-100km’J dalam masa 4.2 saat sahaja. BMW M2 mempunyai cermin sisi M, gril depan bawah pinggang yang direka semula, tayar aloi M baharu, tempat duduk M Sport dan logo M2 yang diterangi.

Apa yang menarik, keluaran BMW Concept X7 iPerformance yang pernah dipamerkan di kereta-kereta IAA 2017 di Frankfurt, Jerman. Model X7 iPerformance adalah model kelas premium tertinggi di dalam barisan kereta-kereta BMW.

Semasa ekspo selama dua hari itu, para pengunjung berpeluang untuk menjalankan uji pandu model-model BMW terkini termasuk BMW 2 Series, BMW 7 Series, BMW i3 dan BMW X model.

Antara aktiviti lain, persembahan berbasikal aksi mendebarkan oleh Igor Obu yang membuat pergerakan menuver yang jarang sekali dilihat selama acara dua hari itu dijalankan.


Gambar dari BMW Singapore
Melihat MINI Designer oleh Paul Smith, salah satu daripada tiga Designer Minis yang dipersembahkan oleh Rover sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-40 Mini pada tahun 1998. Mengambil inspirasi untuk reka bentuknya daripada ciri-ciri jalur koleksi 1997, kereta itu akhirnya disembur dengan 86 jalur dalam 26 warna.

Gambar dari BMW Singapore
Kanak-kanak berumur dari 1 hingga 55 tahun tidak dilupakan untuk berhibur di dalam ‘BMW Baby Racers’, yang mana kanak-kanak berpeluang uji pandu BMW RS1200 GS Pedal dan JCW Go-Kart di litar disediakan. Kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun juga berpeluang untuk menyertai perlumbaan khas. Masa tercepat dalam perlumbaan itu akan membawa balik BMW Baby Racer.

Gambar dari BMW Singapore
Penulis Mantuka juga tidak ketinggalan memberi pandangan tersendiri mengenai kereta BMW 420i Gran Coupe yang diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta tersebut semasa ekspo dijalankan. kawasan uji pandu tidak jauh dari Raffles Boulevard di Bandar Suntec. Kereta tersebut mempunyai kapabiliti menakjubkan terutama menjaga keselesaan pemandu semasa berada di kawasan perjalanan tidak menentu dan bergelora.



Selain itu, penulis juga mencuba mode 'Comfort' yang sesuai digunakan di jalan raya Singapura apatah lagi Mode 'Sport' yang memberi kuasa sepenuhnya dnegan kestabilan yang mampu dikawal secara mudah.


Bercakap mengenai display di papan pemuka tengah, ia dilengkapi dengan 6.5 ukuran yang boleh di tayangkan ke skrin cermin pemandu supaya pemandu dapat memfokus pemandu sambil melihat dari skrin yang dipamerkan. tambahan lagi, kamera lebar yang dilengkapkan di sisi kereta boleh memberi pemandnagan 360 bagi memastikan disekeliling kereta tidak terjejas semasa meletak kereta atau memasuki ruang sempit.