Showing posts with label Kia Lucky Drive to Australia. Show all posts
Showing posts with label Kia Lucky Drive to Australia. Show all posts

Wednesday, December 18, 2019

10 pelanggan bertuah berpeluang memenangi ‘Kia Lucky Drive to Australia’



Syarikat Grand Motors hari ini mengumumkan 10 pelanggan yang akan dijemput bagi cabutan akhir pada 18 Disember nanti. 10 pelanggan yang dicatat adalah dari cabutan awal yang diadakan di Bilik Pameran Kia untuk mencari pemenang utama  ‘Kia Lucky Drive to Australia’  yang akan menjadi pemenang bertuah melancong ke Melbourne, Australia.



Usaha Kia dalam meningkatkan imej jenama dengan meningkatkan tajaan sukan global yang semakin kuat dari sebelumnya dengan pembabitan dalam sukan Australia terbuka. Sejak tajaan pertama pada tahun 2020, Kia telah menyertai dalam kejohanan sebagai penaja utama bagi memberi kesedaran dan sokongan akan acara berjaya tersebut.



Sejak hari pertama kerjasama, lebih 100 kenderaan Kia baru telah dibekalkan kepada Tenis Australia setiap tahun bagi memastikan pengalaman mobiliti yang selesa dan dikenang bagi pemain-pemain tenis dunia tertinggi, orang berkepentingan, para ahli-ahli dan media.



Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, @Kiabrunei selaku pengedar eksklusif kenderaan Kia di Brunei Darussalam menyokong kerjasama ‘Australia Terbuka 2020’ melalui promosi, Kia Lucky Drive to Australia. Program ini dapat meningkatkan inisiatif Kia dalam pemasaran sukan dan memperkayakan pengalaman pemanduan pelanggan.



Hampir 200 pelanggan dari Brunei Muara dan Kuala Belait menyertai cabutan ini. Mereka adalah pelanggan yang telah membeli kenderaan Kia dari 1 November hingga 14 Disember 2019 layak mengikuti promosi ini.



Cabutan utama ialah melancong ke Melbourne, Australia untuk dua orang bagi menyaksikan pertandingan akhir kategori tunggal lelaki dan wanita dan lawatan pengalaman budaya di Negara tersebut. Ini termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat penginapan akan dibiayai oleh pihak syarikat telah dimenangi oleh Dayang Wasimah binti Haji Mohammad.





Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Nurhafizah binti Matnoor yang diwakili oleh bapanya sendiri memenangi Apple Macbook Pro 13” 128GB. Tempat ketiga telah memenangi Apple iPhone 11 256GB oleh Muhammad Zul-Amali bin Haji Arpan Shahbudin yang diwakili oleh Ahmad Muaz bin Haji Mohammad Taib. Pemenang keempat dan kelima akan menerima cenderamata edisi terhad Kia Seltos.


Friday, December 5, 2014

Cabutan Akhir Kia Australia Terbuka

Bersempena dengan kedatangan perlawanan separuh akhir Australia Terbuka 2015, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar kenderaan KIA di Burnei Darussalam menjalankan cabutan akhir ‘Kia Lucky Drive to Australia’ pagi tadi yang berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.

Cabutan adalah dari promosi yang telah dijalankan dari 1hb September hingga 30hb November 2014.

Hampir 650 pelanggan telah membeli kereta Kia yang membuat mereka layak dalam promosi tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 10 peserta telah di senaraikan semasa cabutan awal pada 3hb disember lalu untuk layak ke pusingan cabutan akhir.

Dari 10 peserta tersebut, Maslinda binti Baha telah memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang ke Australia bagi menyaksikan perlawanan Tennis separuh akhir Australia Terbuka.

Pemenang lainnya iaitu Budiman bin Ambai, Mohd Ridaudin bin Ahmad Obaidah, Irwan bin Baha, Sri Sentosa Sendirian Berhad, Mohamad bin Haji Icabon, Salihin bin Salleh, Habeeba Begum Abd, Norzalinawati binti Haji Zainal, Mohd Faiz bin Moh Ramli masing-masing memenangi hadiah berupa barangan elektronik Apple dan Basikal Kia Soul.

Turut hadir menyaksikan cabutan itu ialah Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho, Pengarah Eksekutif Grand Motors, Haji Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad, Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali Bin B M Haji Metusin, Pengurus Operasi BIBD AT-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said Bin Haji Zania, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Asharul Bin Norshari Kamaluddin.

Klik disini untuk kersi Inggeris.


Tuesday, September 2, 2014

KIA Lucky Drive ke Australia

Memandu cara anda untuk 2015 Australian Open dengan KIA LUCKY DRIVE TO AUSTRALIA. Dengan setiap uji pandu dan pembelian mana-mana kenderaan KIA dari 1hb September hingga 30 November 2014, anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan menonton permainan separuh akhir secara langsung di Melbourne.

Tambahan lagi, sebagai sebahagian daripada Ulang Tahun Grand Motors ke-30, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Kia dari tempoh ini boleh berpeluang untuk memenangi SEBUAH RUMAH BARU dan banyak lagi hadiah-hadiah yang hebat. Kunjungi Bilik Pameran Kia yang terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini.

Tertakluk pada terma dan syarat.