Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label General Motors (AS). Show all posts
Showing posts with label General Motors (AS). Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

GM Tempah Suis Pencucuhan Baru

Gambar courtesy dari Autoblog
Berita courtesy dari Media Permata

NEW YORK, 12 Nov (AFP) – Gneral Motors menempah suis pencucuhan baru beberapa bulan sebelum ia menarik balik kereta dengan bahagian rosak yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 32 kematian.

Pengeluar kereta terbesar di Amerika Syarikat itu menempatkan tempahan “penting” untuk setengah juta suis pencucuhan baru pada 18 Disember untuk mengganti suis rosak, sehari selepas bertemu dengan eksekutif kanan. The Wall Street Journal berkata pada Ahad, memetik e-mel di antara GM dan pembekalnya Delphi Automotive.

Gambar dan caption courtesy dari The New York Times: Rodney O'Neal (kiri), Ketua Eksekutif Delphi Automotive, dan Mary Barra (kanan), Ketua G.M., selepas sidang Dewan Negara pada Julai lalu - Brendan Smialowsku/Agence France-Presse - Getty Images
Ia adalah dua bulan sebelum GM menghubungi pengatur keselamatan persekutuan mengenai masalah tersebut. GM, yang dibelenggu dalam tindakan guaman mengenai suis pencucuhan rosak, hanya mula menarik balik kira-kira 2.6 juta kereta pada Februari.

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk pengeluar kereta, sebelum penarikan balik, untuk memeriksa alat ganti yang ada dan menempah alat ganti berkenaan,” lapor Journal.

“Namun, tempahan alat ganti utama akan digunakan oleh peguam yang mewakili beribu-ribu orang dalam tindakan guaman ke atas GM, yang mendakwa pengeluar kereta berlengah-lengah dalam menghubungi orang awam mengenai masalah untuk tempoh seberapa lama mungkin.”

Monday, November 10, 2014

1,800 Infiniti SUV Ditarik Balik

Gambar dari TheNextDigit.com
Berita courtesy dari Media Permata

Nissan berkata ia menarik balik lebih 1,800 buah infiniti SUV di Amerika Syarikat (AS) kerana masalah beg udara yang boleh menghantar serpihan ke dalam kompartmen penumpang.

Penarikan balik itu meliputi beberapa buah QX56 SUV dari tahun 2013 dan QX80s dari tahun 2014. Menurut syarikat itu inflator yang dibuat oleh pembekal alat ganti yang bermasalah Takata Corp, dibuat dengan bahagian sesekat luaran yang tidak betul. Itu boleh mengakibatkan tekanan makin bertambah dan inflator boleh pecah jika beg udara sisi pemandu digunakan.

Masalah terkini beg udara ini, menurut Takata hanya menjejaskan kenderaan GM dan Nissan dan ia berasingan dari panggilan balik sebelumnya yang meliputi 8 juta buah kenderaan di AS. Tetapi panggilan semula yang baru membangkitkan kemungkinan bahawa masalah beg udara syarikat itu akan meningkat.

Nissan tidak menerima laporan tentang kecederaan dari masalah sesekat. Ia diketahui selepas General Motors memanggil balik 33,000 buah kereta kompak Chevrolet Cruze bagi masalah yang sama dalam bulan Jun lalu. Panggilan balik Infiniti adalah sebahagian dari panggilan semula sejagat yang lebih besar bagi 260,000 buah Nissan yang telah diumumkan minggu lalu.

Kekurangan alat ganti telah menangguhkan penggantian beg udara yang dipanggil semula itu. Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan malam semalam berkata Takata telah bersetuju untuk menambah dua barisan pengeluaran menjelang awal tahun depan. Menurut agensi itu ia tidak pasti itu akan mencukupi dan itu akan menentukan jika lebih banyak lagi diperlukan.

Panggilan semula yang lalu telah dilakukan kerana pendedahan berpanjangan kepada kelembapan tinggi boleh mengakibatkan inflator tidak berfungsi dan meletup dengan kekuatan yang teramat sangat, meletupkan sebahagian kanister logam dan mengakibatkan beling memasuki kenderaan.

Penyokong-penyokong keselamatan berkata empat orang telah maut disebabkan masalah itu, yang menjejaskan 10 buah pengeluar automobil berlainan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Report Keselamatan Nissan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari ABC News, The New York Times, dan U.S. News.

Friday, August 1, 2014

GM Umum Penarikan 718,000 Kenderaan di AS

Gambar dari Skynews.com.au
Menurut sumber media Nasional dan beberapa media Antarabangsa, General Motors (AS) telah mengumukan enam penarikan balik yang meliputi hampir 718,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS), menambah kepada jumlah penarikan balik selepas satu skandal keselamatan suis pencucuhan kereta.

GM berkata ia perlu memperbaiki masalah yang terdiri daripada isyarat belok kepada sistem stereng kuasa. Kelemahan yang ditemui didapati dalam kenderaan dari tahun model 2011 hingga 2015.

Berikut adalah senarai model dan masalah GM yang mempersalahkan "isu-isu varian keselamatan" untuk penarikan balik:

413,333 kenderaan: Penarikan balik terbesar yang diumumkan semalam, menjejas model tahun 2011-2012 Chevrolet Camaro; model tahun 2010-2012 Chevrolet Equinox dan GMC Terrain; model tahun 2011-2012 Buick Regal dan LaCrosse; dan model tahun 2010-2012 model Cadillac SRX di Amerika Syarikat. GM akan mengatasi satu masalah dengan bolt yang mengunci penyelaras ketinggian untuk struktur tempat duduk pemandu dan penumpang.

"Jika bolt terkeluar, tempat duduk akan bergerak ke atas dan bawah dengan bebas," kata GM. GM sedar mengenai satu nahas dan tiga kecederaan, namun tidak ada orang yang terbunuh disebabkan masalah tersebut.

Gambar dari Money.cnn.com








124,008 kenderaan: Model tahun 2014 Chevrolet Caprice, 2014 Chevrolet SS, 2014-2015 Chevrolet Silverado LD dan HD, 2013-2014 Cadillac ATS, 2014 Cadillac CTS, 2014 Cadillac ELR; 2013-2014 Buick Encore; dan 2014-2015 GMC Sierra LD dan kenderaan HD kerana kenderaan tertentu mungkin merangkumi masalah dengan pengimpalan yang tidak lengkap di cangkuk kerusi. Kehilangan kuasa untuk mesin kimpalan laser mungkin telah menyebabkan kimpalan yang tidak lengkap, menurut data yang dikumpul dari mesin antara Julai 2013 dan Januari 2014. Peniaga akan memeriksa kimpalan tersebut. Jika ia mencukupi, tidak ada tindakan lanjut diperlukan. Jika ia tidak mencukupi, peniaga akan menggantikan kerusi yang mempunyai kelemahan itu secara percuma. Kurang daripada 1 peratus daripada kimpalan dijangka memerlukan penggantian kerusi landasan yang betul. GM tidak tahu apa-apa mengenai sebarang kemalangan atau kecederaan akibat daripada isu ini.

120,426 kenderaan: Mode tahun 2011-2013 Buick Regal dan model tahun 2013 Chevrolet Malibu dilengkapi dengan lampu isyarat depan yang menggunakan dua bulb lampu dalam setiap isyarat. Semasa pemandu menggunakan isyarat belok, ianya akan nampak arrow dalam kelompok instrumen jika kedua-dua bulb lampung isyarat terbakar, jika hanya satu bulb lampung isyarat terbakar, pemandu tidak akan ada isyarat langsung. Peniaga akan program lagi sekali modul kawalan badan untuk menetapkan keadaan tersebut. GM tidak tahu mengenai kemalangan, kecederaan atau aduan yang berkaitan dengan isu ini.

57,242 kenderaan: Model tahun 2014 Chevrolet Impalas juga sedang ditarik balik disebabkan masalah dengan sistem stereng kuasa. Kereta yang terjejas boleh kehilangan stereng kuasa disebabkan masalah dengan sambungan elektrik kepada sistem. GM berkata ia tahu mengenai satu kemalangan, namun tidak ada kecederaan atau sesiapa yang terbunuh akibat masalah yang dihadapi. Jika stereng kuasa hilang, mesej amaran akan dipaparkan pada Pusat Maklumat Pemandu ('Driver Information Center') dan berbunyi ('chime sound'. Kawalan stereng boleh dikekalkan kerana kenderaan tersebut akan kembali ke mod stereng manual, tetapi akan memerlukan usaha pemandu yang lebih terutamanya pada kelajuan kenderaan yang perlahan. Cat mungkin telah meresap di sebalik nat pada kawalan stereng kuasa modul ground stud. Peniaga akan memeriksa dan cat akan dibersihkan dari belakang nat tersebut, tork semula nat tersebut dan mengemaskini software modul kawalan kuasa stereng ('power steering control module software') secara percuma. GM tahu mengenai satu kemalangan tetapi tiada kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan keadaan ini.

1,919 kenderaan: Model tahun 2014-2015 Chevrolet Sparks diimport dari Korea Selatan yang telah dipasang dengan kawalan bolt lengan yang rendah tidak pasang mengikut spesifikasi dan masalah dengan bolt lengan boleh mengakibatkan kawalan stereng berkurangan. Keadaan ini boleh menyebabkan bunyi bising daripada suspension depan dan pemisahan kawalan lengan yang rendah daripada stereng knuckle semasa memandu yang menyebabkan hilang kawalan stereng. Peniaga akan memeriksabahawa bolt tersebut diketatkan mengikut spesifikasinya. GM tidak tahu mengenai apa-apa kemalangan, kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan keadaan ini.

22 kenderaan: Chevrolet Tahoe/Suburban dan GMC Yukon/Yukon Denali daripada model tahun 2015 di AS dengan pembawa bumbung yang mungkin telah dipasang dengan nat yang salah. Ianya boleh menyebabkan beg udara bumbung kereta akan berlubang atau tercarik jika mereka menggunakan. GM juga tidak tahu mengenai sebarang nahas atau kecederaan dalam kedua-dua kes berkenaan.

Jeff Boyer, naib presiden untuk keselamatan kenderaan global GM, berkata penarikan balik terbaru mencerminkan pendekatan proaktif terhadap keselamatan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web GM, Amerika Syarikat.

Gambar dari General Motors News