Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Chevrolet Cruze. Show all posts
Showing posts with label Chevrolet Cruze. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

GHK Motors Mega Draw Sampai ke Penghujungnya

Cabutan mega besar-besaran baru-baru ini diadakan di ibu pejabat GHK Motors Sdn Bhd untuk pelanggan yang telah membeli kenderaan jenama GHK dari 1hb Jun 2014 hingga 31hb Januari 2015.

Acara tersebut dihadiri oleh lebih daripada 2,000 pelanggan, orang-orang yang membeli Chevrolet, Mitsubishi, Daihatsu, Chrysler, Jeep dan Dodge layak untuk memenangi sebuah rumah kembar, sebuah Chevrolet Cruze dan Mitsubishi Mirage sebagai hadiah utama promosi tersebut.

Acara tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi GHK Motors Sdn Bhd di mana sejumlah 1,190 kereta telah berjaya didaftarkan di bawah Kumpulan GHK.

Terdapat 3 pusingan panggilan untuk 3 hadiah yang menakjubkan itu. Dalam setiap pusingan, 5 nama bertuah diminta untuk mengambil kunci dengan hanya satu kunci yang dapat membuka salah satu kotak daripada 3 hadiah utama itu.

Hadiah ketiga, sebuah kereta jenama baru Mitsubishi Mirage 1.2L (AT) telah dimenangi oleh Rozami bin Hj Sapar yang disampaikan oleh Pengurus Jualan Bahagian Daihatsu dan Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin.


Hadiah kedua, Md Surfahri, orang yang pertama daripada 5 nama-nama yang baru dipanggil, memenangi dirinya kereta jenama Chevrolet Cruze 1.6L (AT) baru yang telah disampaikan oleh Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, PM Dato Shariffuddin bin Pengiran Haji Matali.

Setelah memilih 5 nama baru oleh Pengarah Urusan GHK Motors, YB Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, nasib jatuh kepada seorang wanita, Raihana Hj Ramlee, yang memenangi dirinya sebuah rumah kembar yang terletak di Kg. Kulapis di Mukim Sengkurong.


Hadiah-hadiah saguhati terdiri daripada sebuah iPad, iPhone6, telefon pintar Samsung, TV dan baucar tunai kemudiannya disampaikan kepada pelanggan-pelanggan terpilih yang gagal untuk membuka peti bertuah.

GHK Motors akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan juga mempunyai lebih banyak aktiviti dan promosi tahun ini. Pelanggan boleh singgah ke Bilik Pameran GHK semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook mereka di Mitsubishi Motors GHK, Chevrolet Brunei, dan Jeep Brunei bagi promosi, acara dan aktiviti yang akan datang.

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar GHK Motors Mega Draw.

Saturday, December 13, 2014

Dayang Zozaimah Pemenang Utama Kempen “Maritah Tukar Kereta”

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah sampai ke penghujungnya dengan Majlis Cabutan Hadiah Bertuah, bertempat di Bilik Pemeran Chevrolet, Beribi, Gadong semalam.

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah bermula dilancarkan pada 01 Oktober 2014, dan berakhir pada 31 November 2014. 

Objektif kempen ini adalah untuk memudahkan proses penjualan kereta dari kereta lama untuk jenama model Chevrolet baru. Pelanggan yang membeli jenama Chevrolet baru dengan mana-mana model secara automatik layak untuk cabutan ini. 

Sesi cabutan bertuah semalam bermula dengan Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Dato Shariffuddin membuat tiga cabutan kepada pemenang dari 109 pelanggan yang telah dipilih memasuki pusingan cabutan bertuah bagi bulan Oktober dan November. 

Pemenang hadiah utama Kempen “Maritah Tukar Kereta” 2014 ialah, Dayang Zozaimah Binti Hj Md Idris, beliau membawa pulang hadiah berupa Tiket Penerbangan ke Phuket Thailand, selama 4 hari 3 malam. Tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Siti Nur Amanina Binti Effendi yang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan ke Borocay Islam, Filipina selama 4 hari dan 3 malam. Manakala pemenang ketiga membawa pulang tiket penerbangan selama 4 hari 3 malam, ke Bali, Indonesia, yang dimenangi oleh Pengiran Marani Binti Pengiran Hj Metusin. 

Sempena dengan kempen berkenaan, para pelanggan yang membeli kereta Chevrolet juga berpeluang mendapat tiga kali perkhidmatan penyelengaraan secara percuma.

Tidak ketinggalan juga, semua pelanggan juga berpeluang menyertai Mega-Draw yang mana sedang giat dilaksanakan sehingga 31 Januari 2015, dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah rumah Semi-Detached, sebuah Chevrolet Cruze dan kereta Mitsubishi Mirage sebagai hadiah kedua dan hadiah ketiga serta banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang dapat direbuti.

Klik "Let's Change Car" untuk versi Inggeris.

Monday, November 10, 2014

1,800 Infiniti SUV Ditarik Balik

Gambar dari TheNextDigit.com
Berita courtesy dari Media Permata

Nissan berkata ia menarik balik lebih 1,800 buah infiniti SUV di Amerika Syarikat (AS) kerana masalah beg udara yang boleh menghantar serpihan ke dalam kompartmen penumpang.

Penarikan balik itu meliputi beberapa buah QX56 SUV dari tahun 2013 dan QX80s dari tahun 2014. Menurut syarikat itu inflator yang dibuat oleh pembekal alat ganti yang bermasalah Takata Corp, dibuat dengan bahagian sesekat luaran yang tidak betul. Itu boleh mengakibatkan tekanan makin bertambah dan inflator boleh pecah jika beg udara sisi pemandu digunakan.

Masalah terkini beg udara ini, menurut Takata hanya menjejaskan kenderaan GM dan Nissan dan ia berasingan dari panggilan balik sebelumnya yang meliputi 8 juta buah kenderaan di AS. Tetapi panggilan semula yang baru membangkitkan kemungkinan bahawa masalah beg udara syarikat itu akan meningkat.

Nissan tidak menerima laporan tentang kecederaan dari masalah sesekat. Ia diketahui selepas General Motors memanggil balik 33,000 buah kereta kompak Chevrolet Cruze bagi masalah yang sama dalam bulan Jun lalu. Panggilan balik Infiniti adalah sebahagian dari panggilan semula sejagat yang lebih besar bagi 260,000 buah Nissan yang telah diumumkan minggu lalu.

Kekurangan alat ganti telah menangguhkan penggantian beg udara yang dipanggil semula itu. Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan malam semalam berkata Takata telah bersetuju untuk menambah dua barisan pengeluaran menjelang awal tahun depan. Menurut agensi itu ia tidak pasti itu akan mencukupi dan itu akan menentukan jika lebih banyak lagi diperlukan.

Panggilan semula yang lalu telah dilakukan kerana pendedahan berpanjangan kepada kelembapan tinggi boleh mengakibatkan inflator tidak berfungsi dan meletup dengan kekuatan yang teramat sangat, meletupkan sebahagian kanister logam dan mengakibatkan beling memasuki kenderaan.

Penyokong-penyokong keselamatan berkata empat orang telah maut disebabkan masalah itu, yang menjejaskan 10 buah pengeluar automobil berlainan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Report Keselamatan Nissan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari ABC News, The New York Times, dan U.S. News.