BRUNEI – QAF Auto Sdn Bhd secara rasmi melancarkan bilik pameran BMW Motorrad yang telah diperbaharui di QAF Centre, Beribi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Weert Borner, Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam bersama Albert Lau, Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei dan Thanawat Mahasuwan, Ketua Perniagaan Pasaran Import BMW Motorrad.
Showroom baharu ini direka mengikut piawaian global BMW Motorrad, menawarkan pengalaman premium dengan ruang kontemporari untuk meneroka rangkaian motosikal terkini, kelengkapan penunggang, aksesori serta perkhidmatan selepas jualan.
Acara turut menyaksikan pelancaran dua model baharu – BMW R 1300 RT, motosikal touring premium dengan keselesaan jarak jauh dan teknologi canggih, serta BMW R 12 G/S, motosikal adventure berinspirasikan warisan klasik dengan kemampuan moden.
Dalam ucapan alu-aluan, Alisa Khoo, Pengurus Besar QAF Auto, menekankan bahawa bilik pameran ini bukan sekadar ruang jualan tetapi destinasi untuk komuniti penunggang berkongsi pengalaman dan semangat BMW Motorrad.
Tetamu turut menikmati promosi khas untuk model terpilih serta koleksi BMW Motorrad Gear & Garments, menjadikan pelancaran ini sebagai peluang terbaik untuk memulakan perjalanan bersama BMW Motorrad.