BRUNEI - Maju Motors Sdn Bhd hari ini mengumumkan satu kempen promosi eksklusif sempena ulang tahun ke-80 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku pengedar rasmi BYD – jenama Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) nombor satu di Brunei.
Syarikat ini meraikan detik bersejarah negara dengan ganjaran istimewa kepada pelanggan setia. Kempen ini bermula dengan sambutan hangat, dihadiri lebih 100 tetamu pada minggu pertama. Suasana meriah apabila pemenang mingguan pertama, Hj Md Khairul Hazmi bin Hj Ismail, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $2,000.
Sepanjang tempoh promosi selama lapan minggu, pelanggan yang membuat tempahan kenderaan BYD atau Denza berpeluang menikmati:
• Hadiah wang tunai mingguan bernilai $2,000
• Ganjaran gaya hidup berupa barangan elektronik dan peralatan rumah premium
• Tiket penerbangan pergi balik ke destinasi menarik
Kemuncak kempen ini adalah cabutan akhir yang menawarkan hadiah utama berupa BYD Sealion 6 – simbol eksklusif bagi meraikan musim istimewa ini.
Maju Motors menjemput orang ramai untuk mengunjungi bilik pameran BYD | Denza di Telanai atau bilik pameran baharu di Beribi bagi menempah pandu uji, membuat tempahan kenderaan, dan menyertai senarai pemenang mingguan serta cabutan hadiah utama.
