BRUNEI - Premier Motor Co Sdn Bhd, pengedar tunggal sah kenderaan jenama MG di Brunei, telah menghidupkan semangat Arsenal menerusi satu perhimpunan peminat yang amat meriah — kali ini bagi meraikan kejayaan besar skuad The Gunners yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2025/26!
Sekitar 60 penyokong setia Arsenal (Gooners) telah hadir membanjiri majlis tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, kuiz bola sepak, serta interaksi santai sesama peminat.
Kemuncak acara malam tersebut merupakan pelancaran model tribute Arsenal MG3, di mana kain penutup kenderaan berkenaan telah dibuka sendiri oleh para peminat yang hadir.
Model khas ini menjadi simbolik kepada hubungan erat antara kelab juara tersebut dengan pemanduan dinamik yang ditawarkan oleh MG.
Para peminat yang hadir turut bersaing dalam pelbagai cabaran santai, dengan pemenang bertuah membawa pulang barangan eksklusif penjenamaan bersama Arsenal x MG.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Gooner yang hadir bagi meraikan kejayaan sang juara ini, dan memberi bayangan bahawa banyak lagi acara menarik bakal menyusul pada masa hadapan.