Tuesday, June 16, 2026

 


BRUNEI - Mazda Brunei menjemput para pelanggan dan peminat automotif untuk merasai gabungan reka bentuk, ketelitian dan keseronokan pemanduan yang menjadi identiti jenama ini di “Designed to Move You. Crafted to Inspire.”

Mazda Roadshow, yang akan berlangsung dari 10 hingga 14 Jun 2026 di The Mall, Gadong, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.Para pengunjung berpeluang meneroka barisan terkini Mazda, termasuk SUV dan kenderaan penumpang yang memenangi anugerah.

Pelanggan yang melengkapkan uji pandu mana-mana model Mazda akan menerima baucar kopi bernilai B$10 secara percuma dan turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi wang tunai B$300.Bagi mereka yang bersedia untuk melangkah ke tahap pemilikan, ganjaran eksklusif roadshow akan ditawarkan sepanjang acara.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Mazda dalam tempoh roadshow akan menerima tiga pakej penyelenggaraan servis percuma bersama pemasangan filem tingkap premium tanpa kos tambahan.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi roadshow, meneroka rangkaian Mazda dan merasai sendiri pengalaman memandu melalui pandu uji.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mazda Roadshow, promosi akan datang dan model Mazda terkini, ikuti @mazdabrunei di media sosial.