Wednesday, May 13, 2026

 


Jerayawara Jaecoo J7 kini berlangsung di The Mall, Gadong sehingga 17 Mei.  

BRUNEI -Grand Motors Sdn Bhd menjemput orang ramai untuk menyaksikan sendiri kehebatan varian PHEV dan Petrol yang ditawarkan, sambil menikmati pelbagai tawaran eksklusif sepanjang lima hari acara ini.

Para pengunjung berpeluang merasai pengalaman memandu uji Jaecoo J7 secara langsung. Setiap peserta uji pandu akan menerima baucar bernilai $10 yang boleh ditebus di Jollibee atau Presotea. Bagi pelanggan yang membuat pembelian mana-mana varian Jaecoo J7 semasa jerayawara, mereka akan menerima pengecaj rumah lengkap dengan pemasangan percuma serta penjimatan tambahan yang ditawarkan.

Jerayawara ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengenali lebih dekat teknologi dan reka bentuk moden Jaecoo J7, malah ia juga merupakan kesempatan terbaik untuk mendapatkan nilai tambah yang eksklusif. Sertai kami di The Mall, Gadong dan alami sendiri bagaimana Jaecoo J7 membawa pengalaman pemanduan ke tahap yang lebih tinggi.