Thursday, May 7, 2026


BRUNEI - Lebih 60 terdiri daripada pelanggan BYD dan Denza bersama ahli kakitangan Maju Motors Sdn Bhd pagi tadi berlepas ke China bagi menyertai program lawatan dibawah Pengalaman Pemanduan di Pusat Testing Ground BYD/Denza di Zhengzhou jemputan dari BYD China.

Rombongan akan tiba di Hongkong dan akan beredar ke Shenzhen, China sebelum berlepas ke Bandar Zhengzhou. Rombongan akan berada di China selama enam (6) hari bermula 6hb hingga 11hb Mei ini nanti. Pengalaman ini nanti memberi peluang pengalaman pemanduan kereta-kereta BYD/Denza termasuk dijangka diberi peluang memandu sebuah Supercar YangWang U9 kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Mantukabrunei juga akan membuat liputan mengenai model-model terbaru yang akan memasuki ke negara Brunei Darussalam nanti.
Ikuti maklumat lanjut dari masa ke semasa.