BRUNEI - Lebih 200 tetamu hadir di Premier Motor Co Showroom untuk menyaksikan pelancaran SUV kompak paling dinanti iaitu Wuling Alvez dijanjikan akan dijual dengan harga BND$17,XXX bagi transmisi Manual.
Kenapa Alvez Jadi Pilihan?
Reka bentuk berani & sporty: gril moden, lampu LED bergaya, garisan aerodinamik.
Interior premium: kabin luas dengan kulit sintetik + alcantara, fleksibel untuk kerja & cuti hujung minggu.
Teknologi pintar: skrin infotainment 10.25” dengan sambungan telefon pintar penuh.
Keselamatan tahap tinggi: Level 2 ADAS, Lane Keep Assist, Automatic Emergency Braking & banyak lagi.
Prestasi efisien: enjin 1.5L + CVT, responsif & jimat bahan api untuk pemanduan di bandar.
Jualan Alvez meningkat 122% pada tahun kedua — bukti keyakinan pelanggan Brunei terhadap SUV ini. Malam pelancaran turut dimeriahkan dengan Grand Draw — hadiah utama pakej Umrah & pelbagai hadiah wang tunai dimenangi oleh pelanggan bertuah. Alvez kini boleh dilihat & ditempah di Premier Motor Co Showroom. Jangan lepaskan peluang jadi antara pemilik terawal SUV kompak paling bergaya ini!