BRUNEI - Lebih 170 pemilik kereta Toyota Vios dari generasi pertama hingga ketiga menghadiri acara 'Vios Day' dianjurkan oleh Toyota Brunei dari syarikat NBT Brunei Sdn Bhd
Vios Day diadakan adalah bagi memberi penghargaan kepada pemilik-pemilik kereta Vios tidak kira dari jenerasi pertama hingga ke jenerasi ketiga berlangsung di kawasan letak kereta Bandar Seri Begawan yang berhampiran dengan Bangunan Alat Kebesaran Diraja.
Dalam acara gergasi itu turut diteruskan dengan pelancaran keluaran baru Toyota Vios jenis HEV dengan kuasa 1.5L menggunakan teknologi Self-Charging EV Mode bersama transmisi jenis e-CVT. Toyota Vios HEV masih memegang konsep Vios seperti generasi sebelumnya tetapi model terbaru ini dipertingkatkan dari segi skrin cluster pemandu, skrin infotainment berukuran 10.1" inci, rim 16" inci Shark fin antenna dan keselamatan yang dilengkapi dengan 6-beg udara.
Selain diberi dengan pelbagai jamuan secara percuma, para pemilik Toyota Vios juga memenangi hadiah-hadiah menarik dari cabutan bertuah iaitu baucar dan tiket melancong ke beberapa destinasi termasuk tiket untuk dua orang ke Vietnam.
Hadir pada acara itu, Presiden Inchcape Brunei, Ahmad Hussein dan Naib Presiden Brunei, Muhammad Clovien Abdullah Timpoh yang turut berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.