BRUNEI - GAC Motor Brunei telah berjaya mengutip 48 pain darah melalui kempen derma darah GAC Motor berlangsung pagi tadi di Bilik Pameran terletak di Beribi.
Melalui kempen yang berjalan selama 5 jam dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu, syarikat tersebut percaya sumbangan ini amat penting dan dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang sangat memerlukan.
Selain mengumpul darah, acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan kritikal penderma dan menggalakkan individu untuk mempertimbangkan diri menjadi penyumbang tetap.
Bahan pendidikan turut disediakan, dan wakil daripada RIPAS sedia membantu untuk menjawab sebarang soalan serta berkongsi maklumat mengenai proses pendermaan darah dan impaknya.
GAC Motor Brunei merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan RIPAS yang berdedikasi atas profesionalisme dan sokongan mereka sepanjang acara berlangsung. Kepakaran dan komitmen mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi.
GAC Motors percaya akan kepentingan penglibatan masyarakat dan tanggungjawab sosial. Kempen derma darah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang secara positif kepada kesihatan dan kesejahteraan komuniti mereka.
