Maju Motors
petang tadi telah mengongsikan jumlah jualan kereta NEV dari jenama BYD
yang telah mencecah sebanyak 1,357 unit dari Januari 2025 hingga 2026
menurut perkongsian disampaikan oleh Pengarah Urusan Maju Motors Sdn
Bhd, Chan Key Hong semasa majlis pelancaran rasmi bilik pameran mereka
terbaru bagi BYD dan Denza terletak di Telanai.
.
Selain kejayaan
jualan itu, beliau juga berkongsi empat (4) ucap tama penting syarikat
Maju Motors dalam pembangunan jenama tersebut dinegara ini termasuk
cadangan untuk membawa masuk Denza Z9 pada bulan Jun tahun ini, projek
meletakkan pengecaj pantas BYD di masa hadapan dan projek bekerjasama
dengan Coffee Bean Brunei & Tea Leaf (CBTL) .
.
Majlis
Pelancaran bilik pameran tersebut yang diteruskan dengan pelancaran BYD
Sealion 8 dan Denza B8 turut dirasmikan bersama oleh Pengiran Anak
Puteri Hajah Amal Rakiah Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien dan Pengarah Urusan BYD SIngapura & Filipina,
James Ng.