Jetour Brunei
dibawah Best Auto Sdn Bhd petang tadi telah menyerahkan kunci kereta
kepada pemiliknya yang telah berjaya membeli Jetour X70 PLUS.
.
Penyerahan
berlangsung di luar bangunan Setia Point yang mana para pemilik turut
diberi minuma dari Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), kueh-mueh dan Kek
dari Best Auto Sdn Bhd sebelum membawa balik kereta masing-masing.
.
Dengan
penyerahan ini, keseluruhan penjualan kereta Jetour sejak ianya
diperkenalkan telah mencapai 160 unit telah didaftarkan di negara ini
dikongsikan oleh Best Auto Sdn Bhd bagi dua model Jetour ‘Dashing’ dan
‘X70 PLUS’.
.
Jetour Dashing merupakan salah satu model SUV yang
sedang menarik perhatian di pasaran Brunei. Kereta ini sering dipuji
kerana reka bentuknya yang futuristik dan saiznya yang kompetitif
berbanding pesaing dalam segmennya.
Berikut adalah ringkasan mengenai Jetour X70 PLUS untuk pasaran Brunei:
Spesifikasi Utama:
Enjin:
1.5L 4-silinder Turbocharged menghasilkan sekitar 156 hp dan tork 230
Nm. Transmisi: 6-speed Dual-Clutch Automatic (DCT).
Sistem
Gantian: MacPherson Strut di hadapan dan Multi-link independent
suspension di belakang, yang memberikan keselesaan lebih baik berbanding
sistem torsion beam biasa.
