Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, July 1, 2021

Peugeot 2008 menandingi SUV lainnya di pasarkan di Brunei sekarang!

 

Keluaran terbaru Peugeot 2008 yang dibawa masuk oleh syarikat TCY Motors Sdn Bhd telah menampilkan sebuah kompak SUV yang akan bersaing dengan jenama lainnya dibawah segmen tersebut.

Peugeot 2008 nampak jauh berbeza dari model sebelum menggabungkan dari duah buah model barisan keluarga mereka 'Peugeot 208' dan 'Peugeot 3008' menjadi ianya lebih nampak futuristik berkonsepkan ikon jenama mereka selama ini, binatang Singa.

Peugeot 2008 merupakan kenderaan yang mendapat banyak pujian dan pengiktirafan termasuk sebagai SUV Urban Terbaik 2021 oleh Women’s World Car of the Year, pemenang RedDot dalam reka bentuk kereta bagi 2020 dan SUV terlaris di Eropah pada ketika ini.

Selain itu, Peugeot 2008 juga telah menerima rating lima bintang penuh NCAP Euro dan Australia.

Bagi pasaran Brunei, TCY Motors mendatangkan dua pilihan enjin petrol dengan turbo injection yang menjana 130hp/230Nm dengan transmisi enam kelajuan dan 155hp/240Nm dengan transmisi lapan kelajuan.

Saksikan lebih lanjut melalui review @mantukabrunei melalui IGTV sekarang.