Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, January 1, 2021

Kia 'Sonet' diperkenalkan kepada orang ramai

 


'Kia Sonet' dilancarkan hari ini oleh syarikat Grand Motors Sdn Bhd dengan membukakan kepada orang ramai peluang menyaksikan kereta tersebut lebih dekat sambil menikmati hidangan jamuan secara percuma.

Orang ramai boleh menyaksikan model tersebut secara lebih mendalam bersama juru jual Kia Brunei dan mengambil baucer-baucer makanan percuma yang boleh didapati melalui ahli kakitangan @kiabrunei.

Kia Sonet dibawah kategori 'Sub-Kompak' SUV dikuasakan enjin 1.5 liter CVT  membawa masuk model varian GL dan GLS.

Rekaan berbentuk Sportif dan bergaya ini mempunyai reka bentuk moden yang mirip seperti Sportage dengan Lampu utama LED Sonet menggunakan reka bentuk gaya Wild by Design iaitu tema yang mempengaruhi SUV berkenaan.

infotainment dilengkapi dengan audio tujuh pembesar suara premium Bose dengan subwoofer, LED Sound Mood Lighting, sistem letak kereta dengan rear view monitor, sistem multi mode traction dan dua port pengecas telefon dan pengecas tanpa wayar.

Stereng Sonet mempunyai punat kawalan dan pemandu boleh memilih beberapa jenis mod pemandu serta cengkaman. Sonet bukan sekadar SUV biasa kerana dilengkapi ciri-ciri seperti SUV lebih premium.