Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, November 9, 2019

Syarikat PPM (BN) Sdn Bhd memenangi hadiah ke Seoul, Korea



Tahniah kepada pemenang Cabutan Utama 'Lucky Drive to Seoul' iaitu dari Syarikat PPM (BN) Sdn Bhd (Kuala Belait) dan Pemenang kedua Pengiran Muhammad Amirrul bin Pengiran Damit memenangi Kamera DJI Osmo Pocket.

Cabutan tersebut disempurnakan oleh para perwakilan perbankan di Brunei Darussalam iaitu dari Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil berlangsung di Bilik Pameran @kiabrunei syarikat Grand Motors Sdn Bhd.
Baru-baru ini, seramai 10 nama peserta terpilih pada cabutan bertuah pandu KIA ke Seoul yang diadakan di Bilik Pameran KIA Motors Brunei.

Nama-nama mereka yang terpilih juga telah diumumkan dalam Facebook dan Instagram KIA di mana mereka untuk pusingan akhir cabutan bertuah.

Pusingan akhir itu sebagai hari memilih pemenang utamanya memenangi tiket penerbangan ke Korea dengan mengalami sendiri budaya K-Pop, melawat bandar raya Seoul, berpeluang menghadiri anugerah K-Pop (Anugerah Muzik Melon) dan acara eksklusif Blackpink serta mengikuti kelas budaya.

Pemenang kedua pula akan membawa pulang hadiah kamera Diji, manakala yang ketiga dan seterusnya menerima hadiah barangan KIA.