Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, January 14, 2018

Mohd Moezadin Shah Pemenang Utama Promosi 365 Hari Mazda

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Tahniah kepada Mohd Moezadin Shah Bin Morad setelah memenangi sebuah kereta baru Mazda CX-3 dalam cabutan akhir promosi Mazda 365 hari.

Beliau salah seorang dari tiga peserta yang bakal memenangi sebuah kereta buat kali pertama memenangi hadiah besar dan akan menggunakannya untuk bekerja.

Cabutan akhir itu menyaksikan 87 pemenang lainnya membawa balik dengan pelbagai jenis hadiah istimewa seperti iPhone 7 Plus, Macbook Pro dan wang tunai B$300. Selain itu pemenang kedua iaitu Izma Faten Farena Binti Abdul Zani memenangi wang tunai B$15,000 dan ketiga Mariani Binti Haji Labok memenangi wang tunai B$10,000.

Hadir semasa acara penyampaian itu Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato beserta perwakilan syarikat-syarikat Finance terdiri daripada Pengurus Penolong Pemasaran Baiduri Finance Berhad, Pong Bee Thing dan Pengurus Jualan, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metussin. Wakil dari BIBD At-Tamwil (B) Berhad ialah Ketua Pemasaran, Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Pengurus Perkhidmatan Jualan Luar, Mohamad Asmali bin Razali.

Promosi Mazda 365 hari telah berjalan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017 dengan hampir 600 penyertaan yang telah membeli kereta Mazda. Dari 600 peserta, 88 daripadanya dijemput untuk cabutan akhir dan kesemua memenangi hadiah menarik.