Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 10, 2017

Sertai Uji Pandu di waktu malam bersama QAF Auto Sdn Bhd





Syarikat QAF Auto Sdn Bhd menjemput orang ramai untuk menjalankan uji pandu khas pada waktu malam pada 11 Disember ini dari 7.30 hingga 9 malam di Bilik Pameran BMW, QAF Auto Beribi.

Acara tersebut memberi peluang kepada para pengunjung menerima hadiah jika membuat uji pandu mana-mana model BMW sambil menikmati hidangan minuman teh tarik.

 QAF Auto juga masih mengadakan promosi eksklusif seperti baucer pelancongan ke destinasi pilihan pelanggan, tawaran beli jual (tade in) dan low rate interest.

Dengan Tagline, ‘Kepuasan Anda, Komitmen Kami’ (Your Satisfaction, Our Commitment), pelanggan membeli kereta BMW akan menikmati 5 tahun BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI), syarikat QAF Auto memberi perkhidmatan penyelenggaraan sepenuhnya secara percuma.

Ini bermakna pelanggan hanya perlu membawa kereta ke QAF Auto Sdn Bhd dan membawa balik tanpa membayar apa pun, setentunya kesemua ini untuk memberi kepuasan kepada pelanggan setia BMW.