Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, December 8, 2017

Penyampaian Hadiah kepada Tiga Pelanggan Bertuah Setia Motors

Syarikat Setia Motors Sdn Bhd telah mengadakan acara penyampaian hadiah kepada tiga pemenang dalam cabutan Promosi Hyundai Grand i10 yang telah berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Beribi, Gadong.

Tiga pelanggan bertuah telah membawa pulang tiket penerbangan untuk dua orang ke Kuala Lumpur, Malaysia berserta tempat penginapan dan baucar membeli-belah setelah terpilih sebagai pemenang bertuah dalam cabutan Promosi Hyundai Grand i10.

Para pemenang berkenaan ialah Dayang Norsaini binti Mohamd Jaini, Pengiran Hajah Renawati binti Pengiran Haji Dahari dan Haji Zainal Abidin bin Haji Ibrahim yang masing-masing telah membeli kereta Hyundai Grand i10 dan secara automatik menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd, Beribi, telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Awang Fadhillah Sulaiman.



Haji Zainal Abidin ketika ditemu bual melahirkan perasaan tidak menyangka menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah tersebut.

Katanya, dengan tiket penerbangan itu, beliau akan membawa isteri bersiar-siar sambil menggunakan baucar yang turut diberikan.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan rasa berpuas hati dengan Hyundai Grand i10, kerana kelengkapannya memudahkan perjalanan di samping penjimatan minyak.

Seramai 85 orang pelanggan yang membeli kereta Grand i10 semasa tempoh promosi dijalankan iaitu pada 1 Ogos hingga 31 Oktober telah dimasukkan ke dalam cabutan bertuah Hyundai Grand i10 dan hanya tiga orang dipilih untuk memenangi hadiah menarik tersebut.