Mantuka

Sunday, October 22, 2017

Pelancaran Range Rover Velar


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Indera Motors Sdn Bhd semalam melancarkan model terbarunya Range Rover Velar yang dihadiri oleh lebih 100 jemputan.

Acara pelancaran itu telah berlangsung di Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan yang menyaksikan kehadiran Pesuruhjaya Tinggi British, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay bersama Pengarah Urusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar semalam, keluarga Range Rover membesar dari setahun ke setahun dan sebagai kenderaan mewah British dieksport keluar negara.

“Menyalurkan perubahan baru dan peningkatan dari segi teknologi dan nampak lebih mewah, ia dihasilkan dengan ruang lebih besar, moden diambil konsep gabungan dari Range Rover Evoque dan Range Rover Sport dengan tambahan sistem Infotainment Pro Duo dengan 10” monitor skrin sentuh dengan pelbagai fungsi keselesaan pemandunya”.




Selain itu, Velar turut dibina sebagai kereta All Wheel Drive dengan Intelligent Driveline Dynamics dan Torque Vectoring, Suspension angin elektronik, kawalan kemajuan rupa bumi (Terrain Progress Control), Terrain Response dan Active Rear Locking Differential.




Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen turut berkata, selepas pelancaran Range Rover Velar diseluruh dunia baru-baru ini, kami menerima banyak pertanyaan dari pelanggan kami dan orang ramai.

“Range Rover sentiasa berkembang dengan tambahan model baru dan kami sangat berbangga memasarkan Range Rover Velar ke masyarakat Brunei Darussalam”.

Setiap pembelian Range Rover Velar terbaru akan menerima pelan perkhidmatan 5 tahun, 3 tahun jaminan dan 3 tahun bantuan pinggir jalan.