Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, October 20, 2017

Dapatkan Harga Menarik dari BMW


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Sempena sambutan Jubilee Emas, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd sekali lagi seperti acara kebesaran yang lainnya telah terpilih menjadi kereta rasmi acara sekali dalam seumur hidup yang digunakan oleh chauffer untuk VVIP yang terdiri daripada pemimpin negeri dan delegasi yang menghadiri perarakan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta selama 50 tahun dan santap diraja.

Sebanyak 98 buah unit kereta jenama BMW model 7 Series dan 5 Series digunakan semasa upacara bersejarah itu. Pengurus Besar QAF Auto, Siva Kumar Krishnan berkata, “Kami diberi penghormatan bahawa BMW sekali lagi menjadi pengangkutan rasmi dalam acara berprestij di Brunei tahun ini”.


“Penggunaan kereta-kereta BMW adalah sesuai dengan status acara Diraja sebagai pertunjukan perdana. Kami yakin barisan kereta BMW mampu memenuhi kedua-dua keperluan lojistik di acara DiRaja dan perkhidmatan terbaik dijangka oleh VVIP yang hadir”.

Kereta-kereta yang digunakan semasa acara itu mudah dipandu dan dilengkapi dengan teknolgi terkini seperti kawalan gerakan isyarat tangan BMW dan BMW Display Key boleh diperolehi dan dijual di Bilik Pameran BMW, Kampung Beribi.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan kereta-kereta tersebut dan menjalankan uji pandu dari 20 hingga 21 Oktober 2017 dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Dalam masa itu juga, orang ramai berpeluang untuk memiliki kereta-kereta BMW acara Sambutan Jubli Emas ini dengan harga yang menarik.

Apa yang lebih menarik lagi ialah pelanggan yang ingin membeli kereta BMW ini boleh menggantikan dengan kereta lama mereka tertakluk nilai yang lebih tinggi secara trade-in. Untuk keterangan lanjut, kunjungi Bilik Pameran BMW di Beribi, Gadong.