Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, September 24, 2017

'Hikarii' kit badan Suzuki terbaru menarik peminat Swift dan Ignis

Boustead Sendirian Berhad pengedar tunggal jenama Suzuki ketika ini menjalankan promosi kit badan tambahan badan terbarunya bagi model jenama Suzuki semasa jerayawara ‘Suzuki Hikarii’ berlangsung di The Mall, Gadong.



Kit badan Suzuki Hikarii yang dikhaskan bagi model Suzuki Swift dan Suzuki Ignis menampilkan perubahan rupa bentuk yang lebih sportif serta aerodinamik dengan pemasangan kit dibahagian tepi, belakang dan depan bersama tambahan rim 16”.

Jerayawara ‘Suzuki Hikarii’ diadakan selama dua hari bermula 23 hingga 24hb September ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam, yang mana pelanggan yang membuat kunjungan dan sebarang pertanyaan mengenai Hikarii serta kereta-kereta Suzuki yang dipamerkan akan menerima baucer McCafe secara percuma.

Selain pameran itu, para pengunjung juga turut dihiburkan dengan permainan kanak-kanak dari, Maskot dan peraduan mewarna kanak-kanak dengan kerjasama McDonald’s Brunei.