Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, February 8, 2017

Grand Motors menerima anugerah KIA Dealer of the Year 2016






Gambar dari : Grand Motors Sdn Bhd

Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam diberi penghormatan setelah satu-satunya Negara menerima anugerah KIA Platinum Prestige semasa Majlis KIA Dealer of the Year 2016 pada 28 Januari lalu di Melbourne, Australia.

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Timur Tengah & Afrika, Asia & Pasifik, KIA Motors Corporation, Jack (Jin Ha) Kim kepada syarikat Grand Motors Sdn Bhd diatas permohonan standard yang sangat baik (excellent standard application), prestasi dan kepuasan pelanggan mengikut standard peniaga global KIA.

Dari 27 negara, KIA Motors Brunei dari Negara Asian menerima pengiktirafan tersebut. Kegembiraan dan kepuasan dapat dirasakan oleh Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho.

Beliau berkata, “ ia sebagai satu penghormatan dan pencapaian bagi kami untuk menerima anugerah seumpama. Pengurusan dan ahli kakitangan KIA Brunei telah bekerja keras member produk berkualiti bertaraf dunia dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya”.


Disahkan melalui program penilaian menyeluruh KIA, Grand Motors dipilih sebagai penerima anugerah peniaga Prestij Platinum diatas kecemerlanganm proses, pengurusan dan prestasi tersendiri diantara pengerdar KIA diseluruh dunia.