Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, August 9, 2016

50 Terpilih Memasuki Cabutan Peringkat Akhir Promosi Citroen

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Citroen menjemput 50 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ yang akan diadakan pada 12 Ogos ini jam 10 pagi.

50 dari 600 pelanggan yang menjalankan uji pandu Citroen dan barisan DS telah dipilih dari cabutan awal yang berlangsung hari ini disempurnakan oleh perwakilan Bank dan disaksikan oleh Pengurusan Grand Motors dan para ahli-ahli media.


Pelanggan yang dihubungi hari ini dimestikan untuk membawa kad pengenalan pintar semasa cabutan akhir itu nanti yang akan diadakan bertempat di Bilik pameran Citroen, Beribi. Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad telah berlangsung sejak 7 Disember 2015 hingga 31 Julai 2016 lalu untuk memberi peluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen C3 secara percuma.

Tambahan lagi, pelanggan yang mengambil gambar selfie dengan mana-mana model kereta Citroen atau DS sepanjang promosi tersebut and memuat naik ke social media dengan menggunakan hashtag yang disediakan, juga akan berpeluang untuk memenangi iPad Mini 4 64GB wifi.


Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran akan kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, disamping itu juga untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama Perancis ini.

Citroen dan barisan DS mengalu-alukan orang ramai yang ingin mencuba pengalaman memandu kereta berunsurkan kepada kemewahan dan prestasi. Kunjungi bilik Pameran Citroen atau hubungi 2450257 untuk keterangan lanjut.