Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, December 11, 2015

Karnival Ulang Tahun Maju Motors ke-15 Mendapat Sambutan

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Ditulis oleh: Anjelin Po, Mantuka.com
Gambar dari Maju Motors Sdn Bhd

Agensi Volkswagen, Maju Motors Sdn Bhd telah menyambut ulang tahun syarikat yang ke-15 pada 6hb November 2015 yang lalu di bilik pameran Volkswagen di Jalan Telanai, Kampung Beribi.

Dengan itu, syarikat tersebut akan meraikannya selama satu bulan sebagai penghargaan kepada para pelanggan yang telah melanggani syarikatnya sejak awal lagi. Selain daripada itu, ia juga memberi satu peluang bagi pelanggan baru untuk menjadi sebahagian daripada syarikat yang semakin meningkat di Negara ini.
  
Karnival tersebut telah disambut pada 27hb November 2015 sehingga 29hb November 2015 lalu. Para tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan makanan dan minuman.


Tambahan lagi, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi para pelanggan dan juga ahli keluarga mereka yang turut ikut serta dalam karnival ini. Aktiviti tersebut adalah seperti 'Photo-Booth', ‘Nerf Shooting Range’, ‘Bouncing Castle’ dan lain-lain lagi. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat membantu dalam mengeratkan silaturahim diantara pelanggan dan ahli keluarga mereka.

Selain itu, pihak Maju Motors Sdn Bhd juga mengadakan cabutan bertuah bagi pelanggan yang hadir. Cabutan bertuah tersebut diadakan dua kali sehari pada hari Jumaat sehingga hari Ahad bermula jam 11 pagi sehingga 3:30 petang. Sebagai peringatan bagi para pelanggan, tawaran diskaun istimewa akan dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.