Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, August 23, 2015

Aktiviti Hujung Minggu Volkswagen berakhir hari ini

Volkswagen Brunei selama dua hari berturut-turut dari 22hb hingga 23hb ogos telah mengadakan aktiviti Hujung Minggu Keluarga Volkswagen di bilik pameran Volkswagen, Maju Motors Beribi.






Pelbagai Aktiviti disediakan seperti permainan mewarna menggunakan pasir, menconteng muka dan heyner. Selain daripada itu, terdapat juga hidangan makanan seperti hotdog, aiskrim dan hidangan kek serta minuman panas dari Coffeebean & Teal Leaf (CBTL) semuanya adalah percuma pada acara hujung minggu.




Aktiviti bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Pelanggan juga diberi peluang untuk meneka berapa biji bola didalan kereta Volkswagen Vento yang disediakan untuk memenangi hadiah berupa wang tunai B$250, B$150, B$100.

Semua orang dialu-alukan untuk datang dan membawa keluarga anda untuk menikmati keseronokan percuma ini dan juga untuk menyaksikan model-model Volkswagen yang ditawarkan.

Jadi jika anda mempunyai masa yang lapang, datang dan singgah ke bilik pameran Volkswagen dan berseronok bersama seisi keluarga abiskita.

Untuk keterangan lanjut dengan aktiviti terbaru Volkswagen Brunei, ikuti mereka di Instagram (@volkswagenbrunei) dan Facebook.com/volkswagenbrunei.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Maju Motors Sdn Bhd di 2655111.