Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 10, 2015

Manjakan Kereta Awda dengan 'Lapisan Kaca Premium' di Sensha Brunei


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Ingin melihat kereta awda berkilau sebelum kedatangan Hari Raya nanti? Apa salahnya untuk berkunjung ke Sensha Brunei untuk memanjakan kereta awda.

Dengan peningkatan minat dalam kecantikan dan penjagaan kereta di Negara ini, penjagaan Kereta Premium terkini Sensha Co. LTD yang berasal dari Jepun kini membuka francais di Brunei Darussalam dibawah Sensha Brunei.

Jika disebut dengan nama ‘Sensha’, ramai yang sudah mengetahui akan dari segi perkhidmatan kecantikan dan penjagaan kereta telah membuktikan mempunyai ketahanan penjagaan yang berpanjangan dan walaupun kondisi cuaca yang melampau bahkan terkenal diseluruh dunia.

Sensha Brunei turut memberikan perkhidmatan yang sama untuk pelanggan yang ingin menjaga kereta mereka dengan penjagaan lebih sempurna dengan menggunakan produk berkualiti tinggi dari Jepun pada harga yang berpatutan.

Produk berkualiti tinggi dari Jepun
Contoh lapisan kaca Premium

Selain menyediakan perkhidmatan mencuci dan menggilap kereta mengikut pakej pilihan pelanggan, kini, Sensha Brunei memperkenalkan satu lagi perkhidmatan terbarunya yang semakin popular ketika ini iaitu perkhidmatan ‘lapisan kaca Premium’ kepada kereta pelanggan, produk ini mampu memberikan lapisan kaca kepada kereta yang boleh melindungi badan kereta bahkan menjaga warna cat dan menambah kilauan yang boleh bertahan sehingga mencapai lima tahun mengikut kemahuan pelanggan.

Sebelum ianya dilapiskan dengan lapisan kaca Premium Sensha, kereta tersebut akan menjalankan 32 langkah perkhidmatan penyucian premium yang dikhidmat oleh ahli kakitangan tempatan Sensha Brunei yang terlatih dan dua daripadanya telah mendapat sijil latihan professional di Sensha Co. LTD di Beijing China.



Antara proses pelapisan kaca Premium


Syarikat tersebut mempunyai lebih 300 cawangan di China sahaja dan ketika ini didalam kedudukan No.1 kedai penjagaan kereta di Beijing. Sensha yang terkenal dengan kualiti produk-produk dari Jepun ini turut mempunyai cawangan di Thailand, Malaysia, Hong Kong, India dan juga Singapura. Selain itu, mereka juga pernah dianugerahkan sebagai ‘Shop of The Year 2008’ oleh Rakuten Ichiba di Jepun.

Sensha Brunei terletak di Unit 12 dan 14, Bangunan Kompleks Alwahdah (dibelakang Hua Ho Sengkurong).

Lebih bersinar selepas menggunakan lapisan kaca premium


Pelanggan juga boleh memilih pelbagai perkhidmatan lainnya seperti pembersihan dalaman, penyucian kerusi, penyucian enjin dan juga penyucian bahagian atap kereta.

Untuk mengetahui akan perkhidmatan atau produk yang disediakan oleh Sensha Brunei, orang ramai boleh menghubungi +6738111157 atau +6732671154 atau melayari Sensha Brunei di Facebook.

Process penyembuhan sinar kristal