Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 17, 2015

Cabutan Utama 100 Hadiah Hari Raya Volkswagen

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Dengan musim Raya yang akan datang, pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei, Maju Motors Sdn Bhd telah mengadakan majlis cabutan utama 100 hadiah Hari Raya Volkswagen sebagai cara untuk menyumbang semula kepada pelanggannya.

Acara tersebut telah berlangsung di bilik pameran Volkswagen, Jalan Telanai, dimana terdapat 100 hadiah yang disediakan untuk para pelanggannya untuk cabutan tersebut, dengan lebih daripada 300 pelanggan yang telah mengambil bahagian.

Pemilik baru yang membeli mana-mana kenderaan Volkswagen semasa tempoh promosi dari bulan Mei sehingga 14 Julai secara automatik berpeluang untuk memenangi hadiah yang terdiri daripada hadiah utama sebanyak BND$5,000.00 dan hadiah wang tunai yang lain.

Maju Motors Sdn Bhd juga menyampaikan alat terkini seperti Apple iPhone 6, Samsung Galaxy S6, Sony Bravia LED TV, Sony Blu-Ray sistem teater rumah dan beberapa Sony Action Camera.

Membawa balik dengan hadiah utama sebanyak BND$5,000.00 ialah Nur Khairunnisa Binti Haji Durahman yang memiliki sebuah Volkswagen Vento. Cek tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Eksekutif
Maju Motors, Chan Kee Hong.



Manakala, Dr Norfarizal Bin Othman membawa balik hadiah kedua BND$3,000.00 dan tempat ketiga BND$2,000.00 dimenangi oleh Harsono bin Julaini.

Tiada siapa yang pulang dengan tangan kosong kerana Maju Motors telah memberi semua orang beberapa edisi terhad
paket hijau Volkswagen Beetle untuk mereka gunakan semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan paket hijau edisi terhad adalah dialu-alukan untuk membuat pandu uji mana-mana kenderaan Volkswagen di bilik pameran Volkswagen dan mereka akan diserahkan paket ini serta-merta.