Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, June 11, 2015

Kunjungi Jerayawara Kia on Tour di Temburong 12-14 Jun 2015

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

"Kia on Tour" kembali lagi dengan kali ini menampilkan keluaran model-model terbaru jenama Kia yang akan dipamerkan di Utama Bumiputera Complex, Temburong bermula dari 12hb hingga 14hb Jun 2015.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat uji pandu mana-mana model Kia di Utama Bumiputera Complex, Temburong mengikut jadual dibawah:
  • 12 Jun: 8 pagi hingga 5 petang
  • 13 Jun: 8 pagi hingga 5 petang
  • 14 Jun: 8 pagi hingga 12 tengah hari
Pengunjung yang membuat uji pandu akan menerima beg eksklusif Kia daripada Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Negara Brunei Darussalam.

Kia on Tour 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen globalisasi Kia untuk melebihi jangkaan pelanggan melalui inovasi otomotif yang berterusan.

Ikuti Kia Brunei di Facebook dan Instagram untuk berita terkini.